CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6433|Reply: 0

[Kedah] JAS Kedah siasat punca pencemaran di Sungai Padang Terap

[Copy link]
Post time 12-5-2024 03:31 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 12-5-2024 03:32 PM

JAS Kedah siasat punca pencemaran di Sungai Padang Terap


Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my



PEGAWAI JAS Kedah mengambil sampel air yang dipercayai tercemar akibat sisa bahan buangan dari Sungai Padang Terap untuk dianalisa. FOTO Ihsan JAS





Alor Setar: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah menjalankan siasatan berhubung pencemaran yang dilaporkan berlaku di Sungai Padang Terap dekat Kepala Batas, di sini, hari ini.

Pengarahnya Sharifah Zakiah Syed Shahab berkata, hasil siasatan mendapati pencemaran itu dipercayai berpunca akibat pelepasan sisa buangan dari longkang sebuah fasiliti berhampiran.

Menurutnya, aduan pencemaran bahan berwarna merah itu diterima pada 9.10 pagi dan ia didakwa mengeluarkan bau busuk.

"Kami mengerakkan pasukan siasatan ke sungai terbabit dan menyusuri punca pencemaran.

"Hasil siasatan mendapati pencemaran dipercayai berpunca akibat pelepasan sisa buangan dari longkang sebuah fasiliti berhampiran sungai berkenaan," katanya dalam kenyataan, di sini.

Sharifah Zakiah berkata, sampel sisa buangan itu sudah diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisa.

Menurutnya, pihaknya juga mengarahkan pihak fasiliti itu untuk menjalankan pembersihan longkang dan sungai.

"Pihak fasiliti juga akan menjalankan siasatan dalaman bagi mengenal pasti punca kejadian dan mengemukakan laporan kepada JAS Kedah.

"Kita juga mengarahkan sisa pembersihan disimpan sementara waktu untuk menentukan jenis bahan yang dilepaskan," katanya.

Katanya, orang ramai diminta tidak bimbang dengan keadaan ini, namun dinasihatkan tidak menghampiri atau melakukan sebarang kegiatan di kawasan itu buat sementara waktu.



Disiarkan pada: Mei 12, 2024 @ 3:22pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 10:11 PM GMT+8 , Processed in 0.055550 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list