CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5819|Reply: 0

[Selangor] Dulu pramugara kini tukang gunting rambut

[Copy link]
Post time 12-5-2024 04:41 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR kenangan Mohd Safuan Bachtiar bersama Joe Flizzow. FOTO ihsan Mohd Safuan Bachtiar Mad Tan

Bangi: Frasa hidup ibarat putaran roda sesuai menggambarkan kehidupan Mohd Safuan Bachtiar Mad Tan yang pernah merasai keseronokan bekerja di awan biru dengan menjadi pramugara satu ketika dulu.

Bagaimanapun, takdir menentukan rezeki Mohd Safuan Bachtiar atau mesra disapa Safuan sebagai pramugara hanya bertahan selama 10 tahun saja sebelum diberhentikan kerja pada 2015 kerana langkah penstrukturan dilakukan oleh majikannya.

Berkongsi kisahnya, Safuan, 40, dia tidak pernah terlintas untuk menjadi pramugara malah ia bukan kerjaya impiannya namun tetap sedih kerana terpaksa berhenti sekali gus meninggalkan bidang penerbangan yang sudah sebati dengannya.

Bagaimanapun, Safuan cuba pujuknya hatinya untuk berlapang dada dan siapa sangka, dia kini adalah pengurus kedai gunting rambut di bawah jenama Joe's Barber Shop yang mempunyai 25 cawangan di seluruh negara.


"Saya tak terfikir atau rancang pun nak berhenti kerja sebagai pramugara namun sudah bersedia kerana dapat tahu lebih awal nama saya antara kakitangan tidak disambung perkhidmatan pada Disember 2015 iaitu tahun terakhir berkhidmat kemungkinan disebabkan ada rekod masalah kesihatan.

"Waktu itu memang 'down' kerana tak ada lagi hala tuju, isteri pun menangis namun dua minggu selepas dapat berita saya balik ke rumah jumpa emak (Norfadzillah Duaji) dan arwah yang beri semangat untuk saya bangkit.

"Emak nasihat saya jangan duduk diam sebaliknya buat sesuatu sebelum diberhentikan kerana masih ada masa.

"Memandangkan saya gemar jaga rambut jadi terfikir nak ikuti kelas kerana nak belajar kemahiran gunting rambut.

"Berbekalkan wang insurans diperoleh waktu sakit, saya gunakan untuk bayar yuran yang berharga RM3,500 untuk lima hari kelas. Memang tak mudah namun saya berpeluang jalani latihan sambil bekerja sambilan di kedai gunting rambut selepas waktu kerja (sebagai pramugara)," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Bagi mengasah lagi kemahiran, Safuan sanggup singgah ke sebuah kedai gunting rambut di Amsterdam, Belanda sewaktu tempoh transit ketika penerbangan di sana.

"Niat nak belajar dan rezeki saya agaknya apabila dapat belajar percuma dengan tukang gunting rambut di situ.

"Pulang dari Amsterdam, semangat saya lebih berkobar-kobar dan kerja sambilan sebagai tukang gunting rambut sehingga Disember 2015.

"Selepas berhenti sebagai pramugara, saya kerja sepenuh masa sebagai tukang gunting rambut. Februari 2016, saya dapat buka kedai di Seksyen 9, Bangi, Selangor dan Alhamdulillah, dapat sambutan memberangsangkan.

"Tahun yang sama (2016), saya buka pula cawangan di Senawang, Negeri Sembilan dan turut dapat sambutan yang baik.

"Memandangkan ada minat dalam bidang makanan dan minuman (f&b), saya buka sebuah restoran, Joe's Kitchen dekat Nilai, Negeri Sembilan bersebelahan dengan kedai gunting rambut sebagai strategi untuk tarik ramai pelanggan serta kembangkan perniagaan," katanya.

Bapa empat anak itu berkata, dia tidak pernah menyangka akan sampai ke tahap sekarang dan mampu keluar daripada zon selesa.

"Saya yakin apa yang berlaku adalah aturan Allah SWT cuma jika tak ambil keputusan untuk cuba, saya pun tak tahu bagaimana hasilnya.

"Saya pun tak sangka banyak peluang yang saya dapat dalam bidang ini termasuk gunting rambut bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, selebriti seperti Mawi dan pemain pasukan bola sepak kebangsaan serta luar negara.

"Tapi dengan rezeki yang saya dapat, saya anggap ia sebagai laluan dibuka oleh Allah SWT untuk beri manfaat dan berkongsi rezeki dengan orang lain," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kang-gunting-rambut
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 04:20 PM GMT+8 , Processed in 0.206424 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list