CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15016|Reply: 0

[Sarawak] Masalah perpecahan di rumah-rumah panjang perlu diselesaikan segera

[Copy link]
Post time 12-5-2024 07:19 PM | Show all posts |Read mode


Lau (dua kiri) menerima cenderamata daripada Dawi (kiri) sambil disaksikan Stanley (kanan) serta yang lain pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sungai Pasai, Sibu hari ini.

SIBU: Pemimpin masyarakat Iban di sini, Temenggung Stanley Gramong mendedahkan masalah perpecahan di rumah panjang banyak berlaku di daerah ini.

Menurutnya, mereka banyak menerima laporan masalah ini kerana disebabkan berlaku konflik di antara tuai rumah dengan penduduknya.

"Saya menggesa tuai-tuai rumah sentiasa menjaga penduduk dengan baik. Tugasan adalah menjaga penduduk anda dan jangan biarkan perpecahan rumah-rumah panjang terus berlaku kerana ia hanya merugikan diri sendiri.

"Bergaul dengan baik dan bimbing anak-anak buah anda. Kalau boleh selesaikan masalah dengan sebaik-baiknya agar tidak bertambah teruk sehingga datang kepada kami untuk diselesaikan," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat anjuran Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Iban Daerah Sibu Bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bukit Bedega di Rumah Dawi Ringgil, Sungai Pasai dekat sini hari ini.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Ahli Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) Kaunselor Kevin Lau.

Hadir sama Pengerusi JKKK Bukit Bedega Tuai Rumah Dawi, Penghulu Eddy Jemat serta tetamu jemputan lain.

Stanley berkata, masalah perpecahan rumah-rumah panjang menjadi masalah utama di daerah ini.

"Sudah menjadi tanggungjawab kami menerima mana-mana aduan tentang masalah-masalah di peringkat rumah panjang tetapi kita cuba selesaikan mengikut peringkat. Kalau boleh elakkan masalah ini terus terjadi," jelasnya.

Selain masalah itu, beliau turut memberitahu bahawa masalah penyalahgunaan dadah juga 'merebak' ke kawasan luar bandar.

Justeru, beliau menggesa tuai-tuai rumah agar sentiasa memerhatikan tingkah laku anak-anak muda di rumah panjang mereka.

"Sekarang di rumah-rumah panjang banyak golongan belia dan masalah dadah ini sudah dilihat datang ke rumah panjang.

“Tuai Rumah harus berjaga-jaga dan ambil perhatian perkara ini dan buatlah aduan mengikut saluran betul bagi kita membanteras najis dadah ini," katanya.

Sementara itu, Stanley menggesa tuai-tuai rumah agar mengekalkan perpaduan dan keharmonian dengan ketua masyarakat dan semua orang dalam memperkasa perkhidmatan mereka.

Beliau berkata, dengan adanya sikap sedemikian menjamin peranan dan fungsi mereka lebih baik dalam membantu kerajaan memupuk keharmonian dan perpaduan di peringkat akar umbi.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 05:35 PM GMT+8 , Processed in 0.689140 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list