CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1001|Reply: 0

[Terengganu] 'Mak 'huni' mahligai lain'

[Copy link]
Post time 13-5-2024 10:49 AM | Show all posts |Read mode

PERKONGSIAN Zue di media sosial mengenai proses menyiapkan banglo lima bilik untuk ibunya.

Setiu: "Saya buat rumah untuk emak dengan harapan emak jadi penghuninya. Tapi Allah SWT lebih sayangkan emak kerana jemput emak sebelum rumah siap.

"Walaupun begitu, saya tetap hias bilik emak," kata wanita dikenali Zue.

Zue mencari rezeki sebagai tukang rumah dan salah satu impiannya adalah membina rumah lebih selesa buat ibunya sebagai hadiah atas pengorbanan membesarkannya daripada kecil sehingga dewasa.

Impian Zue termakbul apabila 'mahligai' diangankan siap pada 1 Syawal lalu namun yang menyedihkan apabila bakal penghuni iaitu ibunya dijemput Ilahi sebelum sempat melihatnya dan melangkah masuk ke dalam banglo lima bilik dibina dengan hasil titik peluhnya.


Anak kelima daripada lapan beradik itu berkata, projek pembinaan rumah itu bermula 2021 dan ibunya meninggal dunia tahun berikutnya, 2022 akibat serangan jantung.

Menurut Zue, perasaan sedih bercampur terkilan selepas dapat tahu ibunya sudah tiada apabila mengenangkan rumah yang belum siap kerana masih dalam pembinaan tetapi akur dengan ketentuan Allah SWT.

"Saya tidak berseorangan dalam menyempurnakan projek pembinaan rumah emak kerana lakukan bersama along (Mohd Zaini).

"Rumah itu ambil masa untuk disiapkan kerana saya dan along (abang) buat sendiri kerana tak mampu nak upah tukang.

"Dalam tempoh nak siapkan rumah, saya pun diuji dengan serangan angin ahmar ringan (minor strok) jadi terganggu kerana kos buat rumah terpaksa digunakan untuk menampung rawatan..kami juga ambil barang rumah beri kepada tuan rumah yang dibantu, meski kami sedar kami dalam kesusahan," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut Zue, ibunya tidak pernah meminta dia membina rumah banglo berkenaan.

"Tapi selepas dapat tahu, emak ada tanya perkembangan bila rumah nak siap.

"Saya pun pernah membawanya (emak) ke tapak rumah…nampak emak suka hingga sudah membayangkan hasilnya.

"Kalau boleh memang saya dan abang nak siapkan cepat tapi tak mudah kerana modal semuanya duit sendiri.

"Sampai satu tahap, saya rela ikat perut tak makan dan pergi rumah ke rumah cari kerja untuk dapat modal siapkan rumah emak asalkan dapat duit untuk beli barang buat rumah..sedih bila bayangkan perjalananan nak bangunkan banglo yang dibina serta diubahsuai ikut kehendak emak," katanya.

Zue berkata, biarpun ibunya sudah tiada, dia akan jadikan rumah berkenaan sebagai tempat berkongsi rezeki dengan adik beradiknya.

"Rumah itu bukan rumah saya walaupun saya yang terbabit dalam pembinaan daripada awal sampai akhir.

"Sebab itu, saya ajak adik beradik tidur sekali di rumah itu untuk eratkan lagi hubungan selepas emak tiada. Lagipun, emak dan abah dulu tak pernah berkira atau anggap anak sebagai beban jadi saya nak ikut jejak langkah mereka," katanya.

Berhubung perkongsian di TikTok, Zue berkata, niatnya sekadar berkongsi perjalanan dan perjuangannya sebagai tukang rumah wanita.

"Saya hanya nak kongsi cerita, mewakili tukang rumah di luar sana walaupun sedar perjuangan dan sumbangan saya kecil saja.

"Tak sangka dapat perhatian apabila kongsi di TikTok kerana sedar ramai lagi orang di luar sana buat rumah.

"Saya tak kata diri saya bagus kerana berdirinya di sini dengan pengalaman dan izin Allah SWT.

"Ikutkan niat saya nak buat rumah untuk emak, tapi Allah SWT gantikan dengan rezeki lain iaitu tawaran kerja buat rumah daripada pengikut," katanya yang berharap perkongsiannya dapat memberi inspirasi untuk orang lain berbakti dengan ibu bapa mengikut kemampuan masing-masing.

Menurut Zue, selain berbakti dengan keluarga, dia juga mahu mencipta peluang pekerjaan untuk membantu tukang rumah dan pemilik yang ditipu di luar sana.

"Kalau di Pahang Ada Wani Faizun (yang membina rumahnya sendiri demi anak, di Terengganu ada saya yang berjuang untuk ramai insan memerlukan tanpa meminta sesiapa membantu ,berdiri atas usaha sendiri dengan harapan jadi anak yang membanggakan kedua orang tua walaupun mereka sudah tiada lagi," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -huni-mahligai-lain

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 05:27 PM GMT+8 , Processed in 0.117846 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list