CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1213|Reply: 0

[Tempatan] Misi tarik pelabur Qatar bermula, jadual padat menunggu PMX Anwar Ibrahim

[Copy link]
Post time 13-5-2024 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Misi tarik pelabur Qatar bermula, jadual padat menunggu Anwar

https://www.bharian.com.my/berit ... adat-menunggu-anwar

Oleh Adha Ghazali - Mei 13, 2024 @ 9:24am
adha@bh.com.my


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menghadiri Forum Ekonomi Qatar esok di Hotel Raffles Doha, yang turut dihadiri Perdana Menteri dan Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed Bin Abdulrahman bin Jassim Al-Thani. - Foto BERNAMA

DOHA: Misi menarik pelabur baharu Asia Barat diteruskan di Qatar dengan jadual padat menanti Datuk Seri Anwar Ibrahim sepanjang tiga hari lawatan rasmi beliau ke negara Arab Teluk ini.

Jumlah dagangan dua hala Malaysia dan Qatar pada 2023 ialah RM4.2 bilion, konsisten tertinggi sejak kali pertama merekodkan angka AS$1 bilion pada 2022.

Memulakan lawatan hari ini, Perdana Menteri akan diberikan sambutan rasmi di Amiri Diwan dengan ketibaan beliau dijangka disambut Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani.

Amiri Diwan adalah dewan pemerintahan Qatar. Ia adalah badan berdaulat yang turut menempatkan pejabat pentadbiran Emir Qatar.

Sudah tentu tumpuan di Amiri Diwan akan terarah kepada pertemuan empat mata antara Anwar dan Emir Qatar, selain perjumpaan Perdana Menteri bersama rakan sejawatnya, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani, yang juga Menteri Luar Negeri Qatar.

Selain berkisar mengenai potensi pelaburan dan hubungan dua hala Kuala Lumpur-Doha yang disifatkan cukup penting terutama dalam meraikan 50 tahun hubungan dua hala antara Malaysia dan Qatar sejak 1974, pertemuan juga dijangka turut menyentuh mengenai konflik Asia Barat khususnya berkaitan Palestin.

Malaysia antara negara yang cukup lantang dalam menyuarakan isu berkaitan Palestin, manakala Qatar memainkan peranan amat signifikan sebagai jambatan diplomatik dalam mendepani isu sama, termasuk sebagai mediator utama perang di Gaza antara Israel dan Palestin.


Lawatan rasmi tiga hari Perdana Menteri ke ibu negara Qatar bermula hari ini hingga 14 Mei dijangka memperhebat hubungan dua hala antara Malaysia dan Qatar yang kini memasuki ulang tahun ke-50 selain meneroka peluang pelaburan baharu antara keduanya. - Foto BERNAMA

Dengan perkembangan semasa mengenai konflik itu, sudah tentu perbincangan bersama Qatar mengenai isu Palestin sudah berada dalam radar Anwar.

Pada sebelah petang pula, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan dijadual berjumpa lebih 30 kapten industri di Qatar, yang mana peluang ini akan dimanfaatkan beliau untuk melobi nama Malaysia sebagai destinasi tarikan pelaburan.

Qatar menjadi rakan kongsi perdagangan kelima terbesar bagi Malaysia, dengan tahun lalu eksport utama Malaysia ke Qatar ialah produk besi dan keluli sebanyak 37.2 peratus; jentera, kelengkapan dan peralatan (16.5 peratus); produk minyak sawit dan pertanian berasaskan minyak sawit (8.5 peratus) manakala selebihnya ialah makanan diproses serta produk elektrik dan elektronik.

Sementara import Malaysia dari Qatar terdiri produk petroleum (47.4 peratus), petroleum mentah (31.5 peratus); kimia dan produk kimia (10.5 peratus), barangan perkilangan logam (9.3 peratus) dan produk perkilangan berasaskan minyak sawit (0.3 peratus).

Dalam pada itu, Anwar juga dijadual berkongsi misi dan visi beliau melalui syarahan umum di Hamad Bin Khalifa University, sebelum mengakhiri jadual hari pertama bersama kira-kira 500 rakyat Malaysia di Qatar.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 01:31 PM GMT+8 , Processed in 0.105231 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list