CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6150|Reply: 0

[Johor] Polis tahan 4 lelaki kes samun dan cubaan larikan wanita

[Copy link]
Post time 16-5-2024 11:52 AM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Johor Bahru: Selepas kira-kira seminggu diburu, polis memberkas empat suspek dipercayai terbabit kes samun dan cubaan melarikan seorang wanita di Taman Lagenda Putra di sini, 5 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tan Seng Lee berkata, empat lelaki warga tempatan berusia antara 21 hingga 40 tahun itu, ditahan antara 10.50 pagi hingga 4.50 petang, Isnin lalu.

"Bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota polis D9 Kontinjen Johor bersama pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kulai membuat tiga serbuan di lokasi berbeza di sekitar Johor Bahru dan Kulim, Kedah.

"Hasil serbuan, kita berjaya menahan empat suspek itu yang dipercayai terbabit dengan kes samun dan cubaan melarikan wanita dalam kejadian 9.30 malam itu.


"Dalam serbuan itu juga, polis turut merampas sebuah Honda Civic berserta alat kawalan jauh, empat telefon bimbit dan sebuah tablet," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati semua suspek mengaku mengatur dan merancang untuk melakukan cubaan samun ke atas mangsa.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan bagi menyiasat pembabitan suspek dalam kes jenayah lain-lain di dalam dan luar daerah ini.

"Hasil semakan rekod jenayah lampau mendapati semua suspek masing-masing mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan penyalahgunaan dadah.

"Ujian saringan awal air kencing ke atas semua suspek mendapati mereka positif methamphetamine," jelasnya.

Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 365/511 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Seng Lee berkata, semua suspek kini direman selama tujuh hari bermula Selasa lalu hingga Isnin depan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... baan-larikan-wanita

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Geng purdah 'attention seeker' dikecam, spesis sakit otak makan pun nak kena tunjuk kat orang
maklukpenggodaGeng purdah 'attention seeker' d
Views : 23693 Replies : 10
Taraf 'funfair', pengunjung konsert Biduanita-Judika buat aduan ke tribunal pengguna ramai rasa ditipu!!
maklukpenggodaTaraf 'funfair', pengunjung kons
Views : 53719 Replies : 228
Takziah, Pelakon Lan Zailan Meninggal Dunia
doubleATakziah, Pelakon Lan Zailan Meninggal Du
Views : 1376 Replies : 5
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 311336 Replies : 8974
Acikpor vs. Ngai, 'Jangan sibuk tepi kain saya'
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, 'Jangan sibuk tepi
Views : 1890 Replies : 14
PADU:Rafizi kata jika anda bimbang kebocoran data lebih baik anda kembali duduk dalam gua
YgBenarPADU:Rafizi kata jika anda bimbang keboc
Views : 57048 Replies : 43
Demi secebis konten, kan dah kena dek!
maklukpenggodaDemi secebis konten, kan dah kena dek!
Views : 17243 Replies : 4
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 50855 Replies : 194
Berita malam sejuk:Isteri Abang Viva Luah Rasa Kiciwa Membaca Perbualan Mesej Suaminya Dengan Seorang Wanita Yang Dikatakan Isteri Orang.
YgBenarBerita malam sejuk:Isteri Abang Viva Lua
Views : 36623 Replies : 61
Thinking Minds
adila39Thinking Minds
Views : 41408 Replies : 30

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 11:30 AM GMT+8 , Processed in 0.862345 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list