CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6369|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kedai serbaneka dikompaun letak barang jualan di atas lantai

[Copy link]
Post time 16-5-2024 12:44 PM | Show all posts |Read mode
Kedai serbaneka dikompaun letak barang jualan di atas lantai

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI

16 Mei 2024 11:52am








Sebuah premis dikompaun kerana meletakkan barang jualan di atas lantai dalam operasi yang dijalankan pada Rabu.




GEORGE TOWN - Sebuah kedai serbaneka menjual makanan sejuk beku dikenakan kompaun kerana meletakkan bahan jualan di atas lantai premis.

Kedai berkenaan dikompaun oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) yang menjalankan operasi pemeriksaan premis perniagaan di daerah Barat Daya pada Rabu.



MBPP dalam kenyataannya berkata, premis berkenaan dikenakan kompaun mengikut Undang-undang Kecil (UUK) Establisymen Makanan MPPP 1991- UUK 12(2).

"Mengikut UUK berkenaan, barang makanan atau minuman tidak boleh diletakkan pada paras lantai kurang daripada 20 sentimeter. Bagaimanapun ketika pemeriksaan dijalankan, premis itu didapati meletakkan barang makanan di atas lantai.



"Oleh demikian, kita mengeluarkan kompaun kepada premis berkenaan kerana tidak mengikut peraturan yang ditetapkan," katanya pada Khamis.

MBPP berkata, dalam operasi bermula jam 2.30 petang itu, empat premis telah diperiksa dan 10 kompaun dikeluarkan kerana pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen perniagaan.


Sebanyak 10 kompaun dikeluarkan kepada empat premis yanhg diperiksa kerana pelbagai kesalahan termasuk kebersihan. Penguatkuasa MBPP sedang memeriksa tahap kebersihan di salah sebuah premis yang diperiksa dalam operasi.




"Selain kesalahan kebersihan, didapati kesemua premis terbabit tidak memiliki lesen perniagaan sah yang dikeluarkan oleh MBPP.


"Oleh demikian, keempat-empat premis berkenaan dikenakan kompaun di bawah UUK Establisymen Makanan MPPP 1991.

UUK 3(1) iaitu mengendalikan establisymen makanan tanpa lesen yang sah dikeluarkan oleh pegawai Pelesenan MBPP atau pihak Majlis," tambahnya.

PBT itu berkata, operasi juga memfokuskan kepada tahap kebersihan premis terutamanya pengurusan sisa makanan.

"Dua buah premis makanan didapati tidak menyenggara perangkap minyak (grease trap) dengan betul dan membiarkan sisa makanan disalurkan terus ke dalam parit atau longkang.

"Dua premis tersebut dikenakan kompaun mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171]: Seksyen 69, Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171] kerana melakukan sesuatu kacau ganggu atau meletakkan apa-apa kekotoran dalam atau atas tebing mana-mana anak sungai, saluran, parit awam atau lain-lain alur air," katanya lagi.

Menurut MBPP, antara kesalahan lain dan kompaun yang telah dikeluarkan ialah premis kotor atau gagal mencapai tahap sanitari yang optimum dan memuaskan, gagal mengemukakan kad pelalian atau suntikan anti-tiroid ketika pemeriksaan dijalankan dan meletakkan peralatan perniagaan (kerusi / meja) di tempat awam yang menimbulkan sekatan laluan serta halangan.

"Selain kompaun, siasatan turut dijalankan dan hasil pemeriksaan mendapati kesemua premis tersebut dimiliki sepenuhnya oleh warga tempatan dan hanya mengupah warga asing sebagai pekerja untuk membantu perniagaan," katanya.

Operasi tersebut dianggotai lima pegawai dari Unit Tred, Industri dan Establisymen Makanan, Jabatan Pelesenan dan lima orang pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Perbandaran MBPP.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-6-2024 11:03 AM GMT+8 , Processed in 0.130456 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list