CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3661|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Warga China guna proksi tempatan untuk operasi kilang sisa elektronik

[Copy link]
Post time 18-5-2024 01:56 PM | Show all posts |Read mode

. KILANG memproses sisa elektronik atau ‘e-waste’ secara haram di Klang, Selangor diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), kelmarin.

Kuala Lumpur: Kegiatan sindiket didalangi warga asing yang menjalankan operasi kilang memproses sisa elektronik atau e-waste secara haram di Klang, Selangor, terbongkar selepas premis berkenaan diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), kelmarin.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh berkata, operasi itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Pencegahan Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) dan Pencegahan Pengubahan Wang Haram (Amla) dengan kerjasama Bahagian Penguatkuasaan, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya, 1.30 tengah hari, 16 Mei lalu.

Katanya, operasi itu dilakukan berdasarkan aduan awam berkaitan kilang disyaki beroperasi secara haram dan turut menggajikan warga asing dengan kemungkinan terdapat elemen eksploitasi pemerdagangan orang.

"Seramai 35 warga asing diperiksa dalam operasi ini dengan 33 daripadanya iaitu dua lelaki warga China, 27 lelaki warga Myanmar, dua lelaki warga Kemboja, seorang wanita warga Myanmar dan seorang wanita warga Kemboja, ditahan.


"Mereka berusia antara 19 hingga 40 tahun yang bekerja dan tinggal di ruang kilang yang dijadikan asrama sejak empat bulan lalu," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ruslin berkata, semua warga asing itu didapati tidak memiliki dokumen perjalanan ketika ditahan kerana ia dipercayai disimpan oleh pengusaha kilang disyaki warga China.

"Modus operandi kilang ini adalah memproses sisa e-waste membabitkan proses peleraian dan pengasingan bahan berbahaya dengan logam berharga.

"Berdasarkan invois ditemui, sisa e-waste diterima hanya dalam jumlah kapasiti tertentu yang akan dipastikan boleh diproses dan disiapkan dalam tempoh seminggu kerana proses itu hanya boleh diselia oleh pekerja warga China yang berkemahiran," katanya.

Menurutnya, bagi mengaburi aktiviti itu, warga China terbabit akan beralih ke kilang-kilang lain yang menjalankan aktiviti sama sebelum keluar meninggalkan negara ini.

"Hasil keuntungan aktiviti ini dipercayai boleh mencecah sekitar RM300,000 hingga RM500,000 selepas barangan siap dikitar semula.

"Berdasarkan risikan dan maklumat diperolehi daripada warga asing yang ditahan, disyaki syarikat menjalankan kitar semula e-waste ini didaftarkan kepada individu tempatan tetapi diuruskan secara proksi oleh warga China," katanya.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Akta Imigresen 1959, Akta Pasport 1966 serta Akta Antiphttps://www.hmetro.com.my/mutakh ... ktronikemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) 2007.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 03:47 PM GMT+8 , Processed in 0.055325 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list