View: 3443|Reply: 0
|
[Perak]
Seorang hilang, empat hanyut bot nelayan dilanggar kapal kargo
[Copy link]
|
|
EMPAT nelayan Indonesia diselamatkan selepas bot mereka dirempuh kapal kargo di perairan Selat Melaka, kelmarin. Ihsan Maritim Perak.
LUMUT – Seorang nelayan warga Indonesia hilang, manakala empat lagi terapung di laut selama 10 jam selepas bot mereka dilanggar kapal kargo di perairan Selat Melaka, kelmarin.
Kejadian pada pukul 9 pagi kira-kira 90.6 batu nautika dari barat daya Pulau Pinang itu berlaku ketika cuaca hujan lebat dan angin kencang.
Menurut Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob, mangsa berjaya diselamatkan oleh kapal kargo CMA CGM RIVOLI pada pukul 7 malam hari sama.
“Empat nelayan berasal dari Medan, Sumatera, Indonesia itu ditemui dalam keadaan terapung dengan berpaut pada serpihan kayu dan tong ikan,” katanya di sini hari ini.
Tiga mangsa iaitu Muhamad Solihin, 53, Dady Shahputra, 39, dan Asri, 44, dalam keadaan baik, manakala Jampur, 53, cedera pada tangan, rusuk dan kaki kanan akibat terkena serpihan kaca.
Berdasarkan maklumat mereka, seorang lagi kru dikenali sebagai Abdul Malek, 56, masih hilang.
Pusat Operasi Maritim Perak kemudian menghantar Kapal Maritim (KM) Malawali diketuai Leftenan Komander Maritim Arizan Hakimi Mohd Zin ke lokasi perairan pada jarak 4.1 batu nautika dari barat pulau Jarak bagi operasi pencarian. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... anggar-kapal-kargo/ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|