View: 1096|Reply: 0
|
[Melaka]
Perhilitan pasang perangkap, buru buaya 500 kg Sungai Malim
[Copy link]
|
|
KAKITANGAN Perhilitan memasang perangkap buaya seberat 200kg di sungai Malim dan Pintu Kawalan Air Pasang Surut Klebang di Kampung Tengah, Klebang Besar, Melaka. -Foto AMRAN MULUP
MELAKA – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) memasang perangkap dengan berat hampir 200 kilogram (kg) bagi menangkap buaya yang membaham seekor kambing di Sungai Malim dan Pintu Kawalan Air Pasang Surut Klebang di sini, Selasa lalu.
Pengarah Perhilitan Melaka, Petra Sulai berkata, perangkap sepanjang 4.5 meter dan 91.4 sentimeter lebar serta tinggi itu berupaya menangkap reptilia dengan anggaran panjang tiga meter dan berat 500 kg.
Menurutnya, ia dipinjam daripada Perhilitan Negeri Sembilan dan dipasang selama dua minggu tidak jauh dari lokasi insiden berkenaan.
“Kakitangan Perhilitan akan membuat rondaan setiap hari untuk memantau perangkap itu selama dua minggu. Apa yang membimbangkan, umpan ayam yang dipasang sebenarnya menjadi tarikan biawak untuk memakannya, sebab itu kita kena pastikan umpan sentiasa ada.
“Saya juga meminta penduduk berdekatan atau sesiapa sahaja jika melihat perangkap itu sudah mengena, segera menghubungi Perhilitan,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian, hari ini.
Tambah Petra, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Klebang Besar diminta memastikan penduduk tidak memancing atau melepaskan ternakan berhampiran tebing sungai tanpa pengawasan. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... 00-kg-sungai-malim/ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|