CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7363|Reply: 3

[Jenayah] Tiada warga Singapura ditahan - Ketua Polis Negara

[Copy link]
Post time 19-5-2024 10:41 AM | Show all posts |Read mode
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain. - Foto BERNAMA





KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan tujuh individu yang direman bagi membantu siasatan berkait serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, semalam tidak membabitkan warga Singapura.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi, hari ini berkata semua individu yang ditahan dan direman, hari ini ialah warga tempatan.

"Semua ditahan warga tempatan. Tiada (warga Singapura) seperti dilaporkan," katanya.

Terdahulu, media melaporkan tujuh individu termasuk seorang warga Singapura ditahan bagi membantu siasatan serangan di Balai Polis Ulu Tiram itu direman tujuh hari.

Perintah reman dibenarkan oleh Majistret Johor Bahru, Hidayatul Syuhada Samsudin di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam di sini mulai hari ini sehingga 24 Mei ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tujuh individu terbabit termasuk lima anggota keluarga suspek berusia lingkungan 19 hingga 62 tahun, yang ditahan, semalam susulan serbuan dilakukan di kediaman keluarga suspek di Ulu Tiram.

Turut direman, dua pelajar institut pengajian tinggi yang hadir di balai polis sebelum kejadian, juga dipercayai mempunyai kaitan dalam kes berkenaan.

Dalam kejadian serangan pada 2.45 pagi semalam, tiga disahkan maut iaitu dua anggota polis serta suspek yang berusia 21 tahun, manakala seorang lagi anggota pasukan keselamatan itu cedera.

Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, maut dalam kejadian.

Sementara itu, Koperal Mohd Hasif Roslan, yang cedera akibat ditembak kini dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) dan dalam keadaan stabil.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2024 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa ni.. apa ni
Inikah cara polis selesaikan kes?
Mula2 JI
Eaok dah spin kata bukan
Mula2 ada warga singapore
Esoknya spin tak ada warga singapore

Ketua polis negara bagi sm kata lain
Puddin pokka bagi sm kata lain
Apakah ini??????

Group wasap mana group wasap?
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat kerja tak clean

asyiklah kantoii
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
mcm mana statement tukar2 pulak ni
sekejap kata Ji pastu tiber bukan pulak
sekejap kata ada warga singapore kena tangkap tiber bukan pulak
ke aku yg salah pemahaman salah baca statement depa ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
[tvN/Viu 2024] THE MIDNIGHT ROMANCE IN HAGWON - Wi Ha Joon, Jung Ryeo Won
Rahah[tvN/Viu 2024] THE MIDNIGHT ROMANCE IN H
Views : 10279 Replies : 57
Apakah Idea Di Sebalik Nama Samaran Anda Di Forum Ini?
KILL_NANCYApakah Idea Di Sebalik Nama Samaran Anda
Views : 113221 Replies : 488
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30253 Replies : 171
Nama pokok ni?
BelovedTaeyeonNama pokok ni?
Views : 6279 Replies : 12
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik... UPDATE #45: latar belakang syarikat2 bermasalah siap ada tindakan tatatertib
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 5359 Replies : 53
Kenapa Biri Biri Jalan Lambat?
XimKenapa Biri Biri Jalan Lambat?
Views : 21447 Replies : 61
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 195468 Replies : 4528
Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "saya kecewa dengan prestasi kerja kamu". Apa yang korang nak jawab?
admin6Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "say
Views : 4119 Replies : 3
Teka Teki Teka Tekok
FARRAZOOLTeka Teki Teka Tekok
Views : 27048 Replies : 105
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73298 Replies : 314

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 05:15 PM GMT+8 , Processed in 0.057908 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list