CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10313|Reply: 0

[Melaka] Staf Sarjan temui ajal selepas hasrat jumpa YB Duyong tertunai

[Copy link]
Post time 19-5-2024 03:07 PM | Show all posts |Read mode

ALLAHYARHAM Mohd. Irfan (dalam bulatan) sempat merakamkan gambar kenangan bersama Mohd. Noor Helmy (tiga dari kanan) di program Larian Bersama Bomba 5KM di Banda Hilir, Melaka, malam tadi.

MELAKA – Hasrat seorang anggota tentera berpangkat Staf Sarjan mahu bertemu dengan wakil rakyat diminatinya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd. Noor Helmy Abd. Halem tertunai sebelum dia rebah dan disahkan meninggal dunia, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, mangsa, Mohd. Irfan Faizal Ismail, 41, dilaporkan rebah selepas menyertai Larian Bersama Bomba 5KM 2024 di Banda Hilir Melaka, yang turut disertai Mohd. Noor Helmy, malam tadi.

Mohd. Noor Helmy berkata, Allahyarham sempat mengambil gambar beramai-ramai bersamanya sebelum memulakan larian di program tersebut.

Katanya, dia bagaimanapun dimaklumkan mangsa telah rebah pada sesi cabutan bertuah yang dilakukan selepas selesai aktiviti larian sejauh lima kilometer.

“Saya diberitahu ada peserta yang rebah dan telah dibawa menaiki ambulans, namun disahkan meninggal dunia di hospital pada 10.25 malam.

“Saya telah ke Unit Forensik Hospital Melaka untuk menziarahi waris mangsa dan difahamkan Allahyarham turut menyertai acara larian ini kerana ingin berjumpa dengan saya. Saya tidak sangka itu adalah pertemuan kali pertama dan terakhir kami,” ujarnya kepada pemberita.

Difahamkan Allahyarham yang bertugas di Markas 1 Briged, Kem Rasah, Negeri Sembilan telah menyertai tentera pada Jun 2004 dan dijadualkan pencen pada Jun tahun hadapan.

Urusan pengebumian akan dilaksanakan secara istiadat daripada Markas 1 Briged dan pasukan 4 Rejimen Artileri Diraja dan jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Kuala Paya, Segamat, Johor.-KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... yb-duyong-tertunai/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 09:53 PM GMT+8 , Processed in 0.384274 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list