CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6372|Reply: 0

[Kedah] Jenazah Sarjan Faridah dijangka dibawa pulang Rabu ini

[Copy link]
Post time 20-5-2024 05:50 PM | Show all posts |Read mode
Jenazah Sarjan Faridah dijangka dibawa pulang Rabu ini


Noorazura Abdul Rahman
am@hmetro.com.my



Ibu Allahyarhamah Sarjan Faridah Abd Rahman, Salmah Hassan ketika ditemui pemberita di kediamannya di Kampung Sungai Mati hari ini. FOTO Wan Nabil Nasir





Pendang: Jenazah Pegawai Tidak Tauliah Kanan dari Batalion Malaysia 850-11 (MALBATT 850-11) bagi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan (UNIFIL), Sarjan Faridah Abd Rahman, 39, dijangka dibawa pulang pada Rabu ini untuk pengebumian.

Suaminya, Noor Azmi Ariffin, 39, berkata perkara itu dimaklumkan oleh pegawai tentera yang berkunjung ke rumah mereka tengah hari tadi.

"Jangkaan paling awal jenazah isteri saya sampai ke sini hari Rabu, setakat ini itu saja maklumat yang saya terima tadi.

"Jenazah akan terus di bawa ke Tanah Perkuburan Islam Masjid Tualang di sini untuk dikebumikan, kami tidak merancang untuk bawa pulang ke rumah terlebih dahulu berikutan di sini kawasan sawah dan keadaan jalan di sini agak sempit," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sungai Mati di sini, hari ini.

Noor Azmi yang juga bekas tentera berkata dia sangat berharap urusan membawa pulang jenazah isterinya dipermudahkan.

Ketika ditanya mengenai keadaan anak-anak mereka, beliau berkata anak sulungnya yang berusia 13 tahun kerap menangis selepas dimaklumkan kematian ibunya namun tetap bersemangat untuk pergi ke sekolah.

"Saya beri kata-kata semangat untuk dia, tiga orang lagi adiknya nampak ok, cuma yang bongsu saja tanya ummi dia," katanya.

Noor Azmi berkata isterinya tidak menunjukkan sebarang perubahan ketika bercuti selama sebulan di sini kecuali kerap membeli mainan untuk dua orang anak mereka.

"Hampir setiap hari dia keluar akan bawa balik mainan untuk anak-anak , sebelum ini dia tidak pernah beli mainan banyak seperti ini," katanya yang kini mengusahakan sawah.

Sementara itu, ibu kepada Allahyarhamah, Salmah Hassan, 57, berkata jenazah anaknya akan dikebumikan berhampiran kubur adiknya, Muhammad Farihan yang meninggal dunia pada 2013 akibat penyakit asma.

"Anak ketiga saya meninggal di pangkuan saya pada waktu subuh, sekarang kakak sulungnya pergi mengadap Ilahi, mereka meninggal dalam keadaan yang baik dan saya reda.

"Saya ucapkan terima kasih kepada orang ramai termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang tak henti-henti berkunjung ke rumah kami," kata ibu kepada empat orang anak ini.

Allahyarhamah Faridah yang bertugas sebagai Penyelia Kanan Hal Ehwal Islam MALBATT 850-11 di Kem Marakah, Lubnan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan MALBATT 850-11 apabila rebah setelah turun dari bas di Kem Marakah selepas pulang bercuti selama sebulan di sini.

Allahyarhamah disahkan meninggal dunia pada jam 2.25 pagi waktu Lubnan, Sabtu (7.25 pagi waktu Malaysia).



Disiarkan pada: Mei 20, 2024 @ 5:03pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73582 Replies : 318
Orang tamak selalu rugi:Nenek Di Shah Alam Rugi Lebih RM4 Juta Akibat Skim Pelaburan Palsu Di Facebook
YgBenarOrang tamak selalu rugi:Nenek Di Shah Al
Views : 9003 Replies : 15
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 4675 Replies : 1
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 198215 Replies : 4627
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 6947 Replies : 1
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74422 Replies : 2988
UK dilanda cuaca panas melampau 26 darjah celcius
YgBenarUK dilanda cuaca panas melampau 26 darja
Views : 6467 Replies : 8
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30249 Replies : 221
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 104194 Replies : 2890
Sejauh mana 'old school'nya anda..
fahdramliSejauh mana 'old school'nya anda
Views : 56329 Replies : 149

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 11:53 AM GMT+8 , Processed in 0.048158 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list