CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8888|Reply: 0

[Melaka] Nak dapat RM50,000, suri rumah rugi RM20,000 kena tipu

[Copy link]
Post time 21-5-2024 10:55 AM | Show all posts |Read mode

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah. - NSTP/FOTO FAIL

ALOR GAJAH: Akibat teruja untuk memperoleh wang segera, suri rumah rugi kira-kira RM20,000 diperdaya tiga individu, disyaki ahli sindiket penipuan loteri yang berpura-pura meminta bantuannya menunaikan cek kemenangan RM500,000.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah, berkata kejadian ketika mangsa berusia 58 tahun ke sebuah pasar raya di Masjid Tanah, kira-kira 10 pagi, Sabtu lalu untuk membeli-belah.

Menurutnya, mangsa yang bersendirian kemudian didatangi dua wanita dan seorang lelaki berusia 40-an hingga 50-an, dipercayai warga Indonesia berdasarkan percakapan mereka.

Katanya, suspek menawarkan mangsa untuk menunaikan tiket loteri didakwa memenangi tempat pertama itu kerana kononnya mereka tidak dibenarkan menuntut wang kemenangan disebabkan tidak memiliki kad pengenalan.


"Mangsa yang terpengaruh dengan kata-kata manis suspek kemudiannya mengikut mereka masuk ke kereta untuk ke kedai nombor ramalan terletak kira-kira dua kilometer dari pasar raya itu bagi menuntut wang kemenangan.

"Namun, semasa dalam perjalanan, suspek minta mangsa cagarkan barang kemasnya dengan alasan supaya mangsa tidak menipu mereka setelah tuntut hadiah berkenaan.

"Tanpa curiga mangsa yang dijanjikan akan mendapat RM50,000 daripada wang kemenangan itu akur dan menyerahkan seutas rantai bersama loket emas serta seutas gelang tangan emas kepada suspek," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ashari berkata, di kedai nombor ramalan itu, ketiga-tiga suspek menunggu di dalam kereta dan menyerahkan tiket loteri kepada mangsa untuk ditunaikan di kaunter premis.

"Semasa ingin masuk ke premis, mangsa berpaling melihat suspek dan terkejut mendapati kereta berwarna kelabu gelap yang dinaiki sudah beredar. Menyesari ditipu, dia kemudian membuat laporan di Balai Polis Kuala Sungai Baru, kira-kira 2 petang hari sama," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... i-rm20000-kena-tipu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 05:36 PM GMT+8 , Processed in 0.088627 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list