View: 9708|Reply: 0
|
Impian Tunku Abdul Rahman berlumba di Litar Spa Francorchamps tercapai
[Copy link]
|
|
Tunku Abdul Rahman akan menjadikan perlumbaan GT Open 500 hujung minggu ini di Litar Spa Francorchamps
KUALA LUMPUR: Pemandu pasukan Triple Eight Johor Motorsports Racing (JMR), Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim ketika ini sedang giat membuat persiapan bagi menghadapi perlumbaan Spa 24 Jam di Belgium dari 27 hingga 30 Jun depan.
Bagi tujuan itu, Tunku Abdul Rahman akan menjadikan perlumbaan GT Open 500 hujung minggu ini di Litar Spa Francorchamps sebagai pemanas badan untuk memperkemaskan kemahiran serta menyesuaikan diri dengan corak perlumbaan.
"Penting buat kami untuk mendapatkan banyak masa di litar terutamanya di Spa Francoschamps kerana saya belum pernah kunjungi trek ini sebelum ini.
"Bagi saya, Spa Francorchamps adalah litar berkelajuan tinggi, jadi ia akan menjadi sangat penting untuk mengambil langkah demi langkah dan belajar tentang trek sebanyak yang saya boleh supaya apabila kami tiba di sana untuk perlumbaan 24 jam nanti.
"Berlumba di trek legenda Spa adalah seperti mimpi yang menjadi kenyataan dan saya rasa itu adalah impian semua orang untuk berlumba di situ. Tetapi saya akan fokus dan melakukan segalanya dengan betul agar saya bersedia untuk perlumbaan 24 jam nanti," katanya.
Menjelang perlumbaan GT Open 500, Tunku Abdul Rahman akan bergandingan dengan pelumba kedua JMR, Jordan Love dari Australia.
Kedua-dua pelumba ini bekerjasama dengan baik dalam Siri Le Mans Asia (ALMS), dan mereka berjaya meraih tempat kedua dalam kejuaraan itu.
Litar Spa Francorchamps digunakan dalam perlumbaan Formula Satu di Grand Prix (GP) Belgium dan dianggap sebagai salah satu trek paling mencabar di dunia
https://www.bharian.com.my/sukan ... ncorchamps-tercapai |
|
|
|
|
|
|
| |
|