View: 9126|Reply: 1
|
[Wilayah Persekutuan]
Bunyi dentuman buatkan pemandu sedar lori kemalangan dengan motosikal
[Copy link]
|
|
FOTO tular di media sosial menunjukkan kemalangan berkenaan.
Kuala Lumpur: Wanita maut selepas motosikal ditunggang terbabit kemalangan dengan lori di persimpangan lampu isyarat Greenwood menghala Sri Gombak, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan itu, jam 4.15 petang.
"Siasatan mendapati kemalangan 3.45 petang itu semasa sebuah lori dipandu seorang lelaki tempatan berusia 64 tahun dalam perjalanan ke Kepong Baru dari Sungai Pusu.
"Sejurus tiba di tempat kejadian, pemandu lori mendengar bunyi dentuman kuat di hadapan sebelah kiri lori berkenaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya, selepas memeriksa, pemandu berkenaan mendapati motosikal Yamaha Ego LC ditunggang mangsa berada di bawah tayar hadapan lori berkenaan.
Katanya, pemandu lori tidak mengalami kecederaan, namun wanita berkenaan maut di lokasi kejadian berikutan kecederaan di bahagian kepala akibat pelanggaran itu.
"Mayat mangsa dihantar ke Forensik Hospital Selayang untuk tindakan selanjutnya bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil membantu siasatan atau hubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Suharman Che Musa di talian 019-6751727," katanya.
Terdahulu, kejadian itu tular selepas dua gambar memaparkan kejadian itu dan foto sebuah telefon bimbit dengan wallpaper seorang wanita dan dua anak dipercayai milik mangsa dimuat naik di media sosial.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... an-dengan-motosikal |
|
|
|
|
|
|
|
yg ni sedeh.. tgk vid anak dia n family nagis.. tak tau punca mcm mana boleh jd cm tu.. smoga anak2 nya tabah n kuat |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|