CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8953|Reply: 0

[Selangor] 200 baucar petrol percuma habis tak sampai dua jam

[Copy link]
Post time 22-5-2024 11:15 AM | Show all posts |Read mode


Penunggang motosikal, Nadia Muhaimin mengisi petrol dengan isian RM5 ke dalam tangki motosikalnya di stesen minyak Caltex, Saujana Utama. NSTP/Wan Jailani Razak



KUALA SELANGOR: Seramai 200 penunggang motosikal hari ini mengambil kesempatan mengisi petrol secara percuma menerusi Program Petrol Percuma di stesen minyak Caltex di Saujana Utama, di sini.

Program isian petrol bernilai RM5 untuk motosikal bawah 150cc itu pertama kali dijayakan oleh gabungan Masjid An-Nur (MAN) dan Masjid Saujana Utama (MSU) Sungai Buloh.

Program bermula jam 9 pagi itu dilihat mendapat sambutan menggalakkan apabila baucar yang disediakan habis dalam masa tidak sampai dua jam.

Setiap peserta menerima kupon petrol bernilai RM5 dan cenderamata sumbangan Caltex.


Nazir MAN, Hamzah Mohd Amin, berkata program itu antara lain bertujuan membantu meringankan beban kos sara hidup masa kini.

Katanya, program ini juga adalah projek akhir penuntut program persijilan awam pengurusan masjid di bawah Universiti Islam Selangor (UIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

"Program ini dimulakan Mei tahun lalu dan tamat hari ini. Tahniah kepada 10 pelajar yang berjaya menamatkan pengajian selama empat semester," katanya.

Turut hadir Nazir MSU, Dr Saiful Farik Mat Yakin dan tenaga pengajar UIS.

Sementara itu, Pensyarah UIS, Azri Rizal Md Razali berkata, program sijil itu adalah berlandaskan modul pengurusan masjid yang dianjurkan dengan kerjasama MAN.

Katanya, kuliahnya setiap Sabtu mulai jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

"Terdapat lapan modul sepanjang empat semester kursus. Mereka akan menerima Sijil Pengurusan Masjid, Persijilan Awam JAIS-UIS," katanya.

Seorang penunggang motosikal, Nadia Muhaimin, 20, berkata dia mengambil peluang mengisi petrol secara percuma bagi menampung perbelanjaan hariannya.

"Saya harap program sama diteruskan pada masa akan datang," katanya yang bekerja di restoran makanan segera di stesen berkenaan.
https://www.bharian.com.my/berit ... -tak-sampai-dua-jam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 05:27 PM GMT+8 , Processed in 0.421241 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list