CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3074|Reply: 0

[Pahang] Polis siasat wanita dakwa Imam Mahdi

[Copy link]
Post time 22-5-2024 04:02 PM | Show all posts |Read mode

TANGKAP layar kenyataan seorang wanita yang mendakwa dia ialah Imam Mahdi.

JERANTUT – Polis sedang menyiasat mengenai seorang wanita yang mendakwa dirinya Imam Mahdi yang tular dalam media sosial di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Zukri Muhammad berkata, siasatan giat dilakukan terhadap wanita yang bertugas di sebuah sekolah rendah di daerah ini selepas tular dakwaan berkenaan dalam Facebook JERANTUT VIRAL.

“Makluman awal yang polis diberitahu mengenai kes ini, wanita berkenaan mempunyai masalah mental dan kita sedang menunggu maklum balas daripada pihak hospital.

“Polis mengesahkan dakwaan wanita berkenaan dimuatnaik menerusi laman sosial Facebook JERANTUT VIRAL dan sedang menyiasat perkara ini,”katanya di Ibu Pejabat polis Dearah (IPD) Jerantut di sini hari ini.

Menurut Zukri, laman sosial tersebut memuat naik dakwaan wanita yang bertugas sebagai guru di sebuah sekolah rendah daerah ini mengaku dengan yakin sebagai Imam Mahdi.

Beliau berkata, difahamkan ibu kepada tiga orang anak itu tinggal berjauhan dengan suaminya yang bertugas di Kuala Lumpur.

Dalam kenyataan yang dimuatnaik wanita itu dalam laman sosial dia mendakwa dipilih oleh Allah untuk membimbing umat Muhammad dan menggelarkan dirinya sebagai mujadid yang diamanahkan untuk menghentikan peperangan di Palestin.

Dakwa wanita itu, Imam Mahdi adalah seorang perempuan iaitu dirinya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... a-dakwa-imam-mahdi/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-6-2024 10:46 AM GMT+8 , Processed in 0.049631 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list