|
FOTO tular menunjukkan mayat Muhammad Aiman Zambri dibawa ke Bilik Forensik Hospital Kemaman.
Chukai: Seorang penyelam ditemukan meninggal dunia di Pantai Geliga dekat sini, semalam.
Dalam kejadian 4.45 petang itu, Muhammad Aiman Zambri, 25, beralamat di Kampung Kubur Tok Panjang, Kemaman, ditemukan rakannya, Sukril Aman Rabilalim A Rani, 40.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, Muhammad Aiman dan Sukri Aman Rabilalim adalah penyelam yang melakukan kerja memotong besi kapal karam di dasar laut di situ.
Menurutnya, sebelum kejadian, kedua-dua pekerja itu menyelam ke dasar laut untuk membuat tanda di besi kapal karam terbabit yang hendak dipotong, kira-kira 4 petang.
"Semasa mereka hendak naik semula ke darat, kedua-dua mangsa dikatakan terbelit dengan hos oksigen, tali kecemasan dan tali penanda besi.
"Salah seorang mangsa dikatakan berjaya melepaskan diri dan sebaik membuka pemberat di badannya, dia bergerak naik ke permukaan air," katanya.
Hanyan berkata, bagaimanapun ketika itu, Shukri Aman masih berusaha cuba melepaskan diri daripada lilitan hos oksigen.
"Kira-kira lima minit selepas itu, Shukri Aman berjaya melepaskan diri dan sebaik sampai di darat, dia bertindak mencari mangsa, namun gagal menemuinya.
"Sukril Aman kemudiannya bertindak mencari mangsa dengan mengikuti hos oksigen si mati dan mangsa dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri," katanya.
Katanya, Shukri Aman kemudiannya membawa mangsa ke darat dan mendapati sahabatnya itu sudah meninggal dunia.
"Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Bilik Forensik Hospital Kemaman untuk proses bedah siasat," katanya.
Hanyan berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, namun pihaknya akan melakukan siasatan sama ada wujud unsur kecuaian dalam insiden berkenaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... al-di-pantai-geliga |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|