View: 5754|Reply: 0
|
[Perak]
Polis Perak tingkat kawalan keselamatan 16 IPD, 107 balai
[Copy link]
|
|
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di Ipoh, hari ini. - NSTP/L MANIMARAN
IPOH: Polis Perak mempertingkatkan kawalan keselamatan di 16 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan 107 balai polis di negeri ini susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, pada 17 Mei lalu.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata pihaknya juga turut menambah anggota bertugas pada sebelah malam di setiap IPD dan balai polis sebagai langkah untuk memperketatkan keselamatan.
"Saya telah mengarahkan semua Ketua Polis Daerah supaya mengkaji dan melihat mana-mana balai polis yang terdapat sebarang kekurangan yang membolehkan potensi berlakunya ancaman.
"Selain itu, kita juga akan menambah baik dari aspek pencahayaan di pintu masuk serta memperbaiki mana-mana pagar yang sudah uzur dan rosak bagi memperkukuhkan lagi tahap keselamatan dan perimeter di kawasan IPD atau keseluruhan balai," katanya.
Menjelaskan demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini, beliau berkata, mana-mana individu ke IPD atau balai polis untuk sebarang urusan juga perlu diperiksa lebih terperinci jika membawa beg atau bungkusan.
"Kita berharap orang ramai dapat memberi kerjasama lebih erat kepada polis dalam usaha memberikan perkhidmatan terbaik seterusnya dapat memastikan keselamatan ketenteraman awam dipelihara dan dipertingkatkan daripada semasa ke semasa," katanya.
Dalam kejadian awal pagi 17 Mei lalu, seorang lelaki menyerang Balai Polis Ulu Tiram sehingga mengakibatkan dua anggota polis terkorban dan seorang lagi tercedera sementara suspek turut ditembak mati.
Dalam insiden kedua di Pulau Pinang, seorang lelaki cuba merampas submesingan HK MP5 dari seorang anggota polis di Balai Polis Dato' Keramat pada Ahad lalu, namun gagal dan dia ditangkap pada hari sama.
https://www.bharian.com.my/berit ... an-16-ipd-107-balai |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|