View: 5787|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Insiden termasuk serangan terhadap institusi kerajaan tidak saling berkaitan - KDN
[Copy link]
|
|
Siasatan polis membabitkan beberapa insiden termasuk serangan di balai polis, cubaan menceroboh Istana Negara dan ugutan terhadap Ahli Parlimen mendapati ia tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain. - Foto fail NSTP
PUTRAJAYA: Siasatan polis membabitkan beberapa insiden termasuk serangan di balai polis, cubaan menceroboh Istana Negara dan ugutan terhadap Ahli Parlimen mendapati ia tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata siasatan polis setakat ini mendapati semua insiden terbabit mempamerkan corak yang berbeza.
"Tidak, berbeza corak insiden itu. Dalam insiden di Balai Polis Datuk Keramat (Pulau Pinang), ketika insiden dia mabuk, jadi yang 'trigger' itu adalah mabuk dan kita pun sudah dakwa dia di mahkamah di bawah Kanun Keseksaan kerana mengganggu penjawat awam menjalankan tugas.
"Serangan di (Balai Polis) Ulu Tiram seperti yang saya sebut sebelum ini, bahawa dia bertindak 'lone wolf' manakala yang kita tahan di Istana Negara, dia kata dia mimpi, mimpi itu memerintahkan dia untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN), hari ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. - Foto fail NSTP
https://www.bharian.com.my/berit ... rajaan-tidak-saling |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|