CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5893|Reply: 0

[Selangor] Pecah masuk rumah Khuzaimi: Polis kesan 2 suspek, kerugian RM15,000

[Copy link]
Post time 23-5-2024 12:42 PM | Show all posts |Read mode

BERITA terdahulu

Shah Alam: Dua suspek dipercayai terbabit dalam kejadian pecah masuk rumah pemain pertahanan Selangor FC, Ahmad Khuzaimi Piee dengan menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV).

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan pihaknya menerima laporan yang dibuat mangsa berhubung kejadian itu pada 11.30 malam tadi.

"Siasatan mendapati suspek dipercayai menggunakan kenderaan MPV warna putih dan melarikan motosikal Yamaha Y15R seperti mana ditularkan.

"Hasil siasatan setakat ini dua suspek lelaki yang terbabit. Ketika balik seorang suspek menunggang motosikal dan seorang lagi membawa MPV.

"Ketika kejadian mangsa dan ahli keluarga tiada di rumah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Iqbal berkata, nilai kerugian adalah RM15,000 dan siasatan mendapati tiada kehilangan wang tunai serta barang berharga lain

Beliau turut menafikan kejadian itu ada kaitan dengan kes yang menimpa tiga pemain bola sepak lain sebelum ini.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

"Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Laymand Rayne di talian 014-6907071," katanya.

Terdahulu, media melaporkan Khuzaimi Piee berkongsi dan memuatnaik beberapa gambar di Instagram miliknya termasuk kenderaan polis berada di hadapan rumahnya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ek-kerugian-rm15000
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 04:52 PM GMT+8 , Processed in 0.043434 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list