CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3173|Reply: 0

[Perlis] Tak timbul isu kelewatan naik taraf sekolah daif - Fadhlina

[Copy link]
Post time 23-5-2024 02:22 PM | Show all posts |Read mode
Tak timbul isu kelewatan naik taraf sekolah daif - Fadhlina


Oleh Noorazura Abdul Rahman - Mei 23, 2024 @ 2:02pm bhnews@bh.com.my




Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek. - BERNAMA





ARAU: Kementerian Pendidikan (KPM) menegaskan tidak timbul isu kelewatan menaik taraf sekolah daif di negara ini berikutan usaha itu dialksanakan berdasarkan giliran dan jadual ditetapkan kerajaan.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata kerajaan sangat komited memastikan akses pendidikan terbaik untuk murid di negara ini dan proses menambah baik sekolah usang dilakukan secara berterusan.

"Semua projek adalah mengikut tempoh masa yang ditetapkan Jabatan Kerja Raya (JKR), jadi tak timbul isu ini (kelewatan naik taraf sekolah daif).

"(Sebaliknya) ia dipantau ketat, kita ada 'dashboard' kita untuk pantau sekolah daif ini. Insya-Allah semuanya akan kita pastikan siap mengikut garis masa yang telah kita tetapkan," katanya.

Beliau berkata demikian mengulas gesaan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi agar KPM menghapuskan segala birokrasi yang menyulitkan, sebaliknya segera menyelesaikan isu sekolah daif.

Ia susulan kenyataan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi Ahad lalu mengenai 14 sekolah dikategorikan daif di negeri itu yang sudah diluluskan peruntukan untuk dibaiki, tetapi tiada satu pun berjaya disiapkan selepas tiga tahun.

Mengulas lanjut, Fadlina berkata sehingga Mac tahun ini 694 sekolah daif di bawah KPM berjaya disiapkan sepenuhnya, dengan 216 projek kini dalam peringkat prabina.

"Lebih 600 sekolah telah pun kita selesaikan daripada lebih 1,000 sekolah dan tinggal lebih kurang 300 lebih sahaja lagi yang tak siap.

"Jadi proses itu sentiasa kita tambah baik dari semasa ke semasa sebab itu apabila Kerajaan Madani mengambil alih kerajaan, ini tumpuan utama kita dalam menyelesaikan isu sekolah daif yang tidak pernah diselesaikan secara berfokus dengan baik sebelum ini.

"Kita bekerja dengan sangat pantas dengan kerjasama daripada agensi lain dan insya-Allah kita akan siapkan semua projek sebagaimana komitmen kita di peringkat Persekutuan," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata KPM sentiasa mencari jalan untuk memberi motivasi dan intervensi bagi mengatasi masalah keciciran pelajar.

Katanya, ia termasuk memastikan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terus berminat meneruskan pelajaran ke peringkat tertinggi.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73582 Replies : 318
Orang tamak selalu rugi:Nenek Di Shah Alam Rugi Lebih RM4 Juta Akibat Skim Pelaburan Palsu Di Facebook
YgBenarOrang tamak selalu rugi:Nenek Di Shah Al
Views : 9003 Replies : 15
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 4675 Replies : 1
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 198215 Replies : 4627
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 6947 Replies : 1
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74422 Replies : 2988
UK dilanda cuaca panas melampau 26 darjah celcius
YgBenarUK dilanda cuaca panas melampau 26 darja
Views : 6467 Replies : 8
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30249 Replies : 221
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 104194 Replies : 2890
Sejauh mana 'old school'nya anda..
fahdramliSejauh mana 'old school'nya anda
Views : 56329 Replies : 149

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 12:01 PM GMT+8 , Processed in 0.062488 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list