CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7003|Reply: 0

[Selangor] LZS rekod kutipan zakat RM1.12 bilion tahun lalu

[Copy link]
Post time 23-5-2024 04:29 PM | Show all posts |Read mode

Pengerusi Lembaga Zakat Selangor, Tan Sri Datuk Seri Syed Anwar Jamallulail menyampaikan Tinjauan Prestasi Lembaga Zakat Selangor 2023 di Marddiyah Hotel and Suites, Shah Alam. FOTO GENES GULITAH

Shah Alam: Lembaga Zakat Selangor (LZS) terus merekodkan kutipan melebihi RM1 bilion bagi tahun kedua dengan jumlah kutipan RM1.12 bilion bagi tahun berakhir 31 Disember 2023.

Jumlah itu meningkat sekitar RM51.1 juta berbanding kutipan pada 2022 iaitu sebanyak RM1.07 bilion.

LZS turut membuat agihan RM1.15 bilion pada tahun lalu yang memberi manfaat kepada lebih 350,000 individu berbanding RM1.05 bilion pada 2022.

Pengerusi LZS Tan Sri Syed Anwar Jamalullail berkata, kutipan tertinggi pada tahun lalu itu diperoleh menerusi zakat pendapatan iaitu RM662.6 juta.


"Saluran kutipan terbesar adalah menerusi potongan gaji dengan jumlah pembayar zakat seramai 398,184 orang.

"Kejayaan berterusan ini disokong melalui 60,776 pembayar zakat baharu. Ini menunjukkan kepercayaan dan keyakinan pembayar zakat terhadap LZS bagi menjalankan amanah dalam segi kutipan dan agihan," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Beliau berkata, agihan zakat membawa manfaat kepada lebih 65,000 keluarga asnaf, dengan lebih daripada 3,600 keluarga berjaya keluar daripada belenggu kemiskinan.

"Agihan terbesar disalurkan kepada pembangunan sosial yang menjadi satu daripada tunggak utama, dengan sumbangan berjumlah RM777 juta membabitkan aspek bantuan kewangan bulanan, sewa rumah, membina rumah dan bantuan perubatan serta rawatan dialisis.

"Selain itu, LZS juga menyalurkan agihan terhadap pendidikan berjumlah RM171 juta," katanya.

Sementara itu, Syed Anwar berkata, sepanjang 30 tahun penubuhan LZS, agensi itu sudah mengagihkan zakat berjumlah lebih RM11 bilion kepada golongan memerlukan.

"Alhamdulillah. Dedikasi kami dalam tempoh 30 tahun lalu dapat dilihat daripada kejayaan kami mengutip dan mengagihkan zakat. Kami berpegang teguh pada kepercayaan yang diletakkan terhadap kami," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... 2-bilion-tahun-lalu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 05:05 PM GMT+8 , Processed in 0.060646 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list