CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7077|Reply: 0

Tiket final Liga Juara-Juara RM800,000?

[Copy link]
Post time 23-5-2024 04:41 PM | Show all posts |Read mode

Final Liga Juara-Juara musim ini kembali ke Stadium Wembley di London namun ulat tiket menjual dengan harga melampau di atas talian. – Foto uefa.com

LONDON: Persatuan Bolasepak (FA) Inggeris dan Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) berikrar untuk membanteras penipuan jualan tiket atas talian apabila didapati beberapa kerusi bagi perlawanan akhir Liga Juara-Juara di Wembley Sabtu depan dijual dengan harga £134,000 (RM804,000).

Mail Sport mendapati satu laman sesawang jualan semula, footballticketnet.com, menawarkan 'tiket perdana' bagi pertembungan antara Real Madrid dan Borussia Dortmund dengan harga melampau £100,000 (RM600,000) tidak termasuk bayaran tempahan £34,000 (RM204,000).

Laman sesawang sama menyenaraikan satu tiket 'VIP' dengan harga £100,500 (RM603,000) termasuk bayaran tempahan.

Satu lagi laman sesawang jualan semula tidak sah, livefootballtickets.com, menjual tiket hospitaliti 'Skybox' dengan harga keseluruhan £34,255 (RM205,600).


Ulat tiket turut cuba membuat duit bagi perlawanan di Wembley hujung minggu ini - final Piala FA Sabtu ini dan final play-off Liga Kejuaraan hari berikutnya.

Bagi pertembungan musuh tetangga Manchester Sabtu ini, kerusi ahli Bobby Moore semalam ditawarkan di footballticketnet.com dengan harga £13,400 (RM80,400) - £10,000 (RM60,000) selain bayaran tempahan £3,400 (RM20,400).

Di laman sesawang sama, sesetengah tiket tanpa hospitaliti dijual sehingga £5,025 (RM30,100), hampir 35 kali ganda harga sebenar £145 (RM870) bagi kerusi kategori satu.

Penjualan tiket bola sepak tanpa kebenaran adalah satu kesalahan jenayah di bawah undang-undang UK dan pihak berkuasa berjanji untuk bertindak selepas dimaklumkan mengenai situasi itu oleh Mail Sport.

Seorang jurucakap FA berkata: "Kami menasihatkan peminat supaya hanya membeli tiket untuk acara di Stadium Wembley menerusi saluran rasmi.

"Sesiapa yang didapati membeli tiket di pasaran sekunder berisiko tidak dibenarkan masuk ke stadium. Kami juga berusaha sedaya upaya untuk mengesan dan membatalkan tiket yang disenaraikan untuk dijual di mana-mana saluran tidak rasmi."

Seorang jurucakap UEFA pula berkata: "Semua pemegang tiket terikat dengan terma dan syarat tiket dan UEFA akan mengambil tindakan sekiranya berlaku sebarang pelanggaran.

"UEFA menggesa semua peminat bola sepak untuk mengelak daripada membeli tiket atau pakej hospitaliti daripada penjual, ejen atau laman sesawang yang tidak dibenarkan, kerana tiket itu mungkin palsu atau tidak sah dan pembeli yang tidak sedar mungkin dihalang masuk ke stadium." – AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... uara-juara-rm800000
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 09:47 AM GMT+8 , Processed in 0.040504 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list