View: 5702|Reply: 0
|
Mika-Takumi taruhan utama robek gawang Selangor
[Copy link]
|
|
Azzmi berharap Mika Junco (kiri) dapat menemui sentuhan gol pada pertembungan dengan Selangor, esok. - Foto Ihsan NSFC.
Seremban: Gandingan Mika Junco dan Takumi Sasaki hampir pasti menjadi taruhan utama untuk mengemudi barisan hadapan Negeri Sembilan FC (NSFC) untuk menentang Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam esok.
Dua pemain terbabit masing-masing berasal dari Sepanyol dan Jepun, dilihat sudah mula menampilkan keserasian baik di bahagian serangan seperti mana dipamerkan ketika menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) pada aksi pertama liga, Sabtu minggu lalu.
Ketua jurulatih Negeri Sembilan, Azzmi Ab Aziz mengakui pihaknya akan memberi peluang kepada kedua-dua pemain terbabit untuk menggalas tanggungjawab bahagian serangan pasukan dengan hasrat merealisasikan misi penting memburu kemenangan pertama musim ini.
"Kita tahu Mika dan Takumi adalah pemain baharu dalam skuad kita, malah Mika adalah pemain import terakhir yang sampai ketika saingan Liga Super hampir bermula.
"Dalam perlawanan pertama menentang JDT, kedua-dua pemain ini telah tunjukkan persembahan yang baik dan kombinasi yang bagus walaupun baharu saja digandingkan.
"Saya akan memberi Mika dan Takumi peluang untuk buktikan kemampuan di barisan hadapan pasukan dan kesungguhan mereka untuk menjaringkan gol itu diharap menjadi pada pertembungan dengan Selangor nanti," katanya.
Mengulas mengenai dua import yang bakal menjadi tonggak utama di bahagian tengah dan pertahanan iaitu Aliyu Abubakar dan Jacque Faye, pengendali skuad Hobin Jang Hobin berusia 49 tahun itu yakin kedua-dua mereka mampu melaksanakan tugas dengan baik.
Menurut beliau, kedua-dua pemain itu dilihat sentiasa komited dalam latihan dan menunjukkan sikap positif untuk memantapkan pasukan.
"Saya gembira dengan sikap positif Aliyu dan Faye, kedua-dua mereka ini ada kombinasi yang baik. Mereka adalah tenaga penting dalam memastikan setiap bahagian dapat berfungsi dengan baik.
"Faye, walaupun bukan seorang pemain import yang memiliki tahap tertinggi, namun dia ada pengalaman dalam liga kita dan kita yakin dia boleh membantu dalam usaha pasukan memberikan persembahan terbaik berdepan Selangor nanti," katanya.
Azzmi berharap anak buahnya dapat memberikan persembahan terbaik terhadap Selangor dan berusaha memastikan setiap peluang dapat diterjemahkan dengan jaringan.
"Fokus kita sudah tentu tidak mahu pulang tangan kosong, jadi pemain perlu berikan aksi terbaik dan berusaha terjemahkan apa yang telah kita rancangkan di MBPJ nanti," kata pengendali kelahiran Ampang Selangor itu.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... bek-gawang-selangor |
|
|
|
|
|
|
| |
|