View: 2823|Reply: 0
|
[Selangor]
Cuti sekolah: Trafik lebuh raya utama masih lancar
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Tiada sebarang kesesakan luar biasa di lebuh raya utama sempena cuti sekolah penggal pertama yang bermula hari ini.
Semakan Kosmo! di Facebook Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) hari ini mendapati, aliran trafik lancar di kebanyakan lebuh raya termasuk Lebuh Raya Utara-Selatan dan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK).
Bagaimanapun, trafik dilaporkan sesak dari Senawang ke Pedas Linggi arah selatan disebabkan kemalangan di KM 258.4.
“Sila fokus pada pemanduan dan awasi jarak kenderaan,” katanya.
Bagi menyuraikan trafik yang dijangka meningkat, PLUS Malaysia Berhad (Plus) memaklumkan bakal mengaktifkan SmartLane di beberapa lokasi kritikal.
“Plus telah mengaktifkan laluan SmartLane di Gua Tempurung hingga Gopeng (KM 303.2 hingga KM 297.0) arah utara dari pukul 9 pagi hingga 7 petang.
“Selain itu, laluan SmartLane juga diaktifkan di Slim River ke Sungkai (KM367.0 hingga KM354.0) arah utara bermula pukul 10 pagi hingga 7 petang,” katanya.
Dalam pada itu, LLM memaklumkan penutupan sementara kawasan parkir kenderaan berat di hentian rehat dan rawat (R&R) Rawang arah utara bagi kerja pembaikan.
“Kawasan parkir kenderaan berat di R&R Rawang akan ditutup bagi kerja-kerja baik pulih. Sila ke hentian seterusnya dan berhati-hati ketika memandu,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... aya-utama-lancar-3/ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|