CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2527|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Pihak berkuasa digesa sedia garis panduan penjualan produk kesihatan dewasa

[Copy link]
Post time 25-5-2024 02:41 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) meminta pihak berkuasa menyediakan satu garis panduan yang jelas bagi mengawal kaedah penjualan dan pemasaran produk kesihatan dewasa.

Timbalan Yang Dipertuanya, Prof. Madya Dr. Adi Anuar Azmin berkata, ia susulan kebimbangan terhadap perkembangan penjualan produk berkenaan ketika ini menggunakan gaya pemasaran tidak beretika untuk masyarakat.

Katanya, testimoni oleh pengguna yang sudah menggunakan ’ubat kuat’ ini dipaparkan di media cetak, elektronik serta media sosial kononnya mampu memuaskan pasangan.

Jelasnya, dengan iklan-iklan sebegini ia mudah dilihat oleh pelbagai lapisan masyarakat dan kelucahan seolah-olah sudah menjadi normal.

“Dengan sengaja ditonjolkan ia sebagai berkesan dan mampu bertahan lama, dipaparkan dengan begitu kreatif kononnya ia mampu memuaskan pasangan dan pelbagai lagi pemasaran produk yang sebenarnya memalukan.

“Kerana dengan mudah segenap lapisan masyarakat termasuk anak kecil dapat menontonnya tanpa sekatan dan halangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr. Adi Anuar meminta agar semua pihak khususnya usahawan supaya lebih sensitif dan bijak dalam hal ini agar ia tidak membawa kepada kemudaratan yang lebih buruk.

“Yadim yakin dengan kebijaksanaan dan keprihatinan pihak berkuasa dalam (membendung) hal ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... k-kesihatan-dewasa/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 03:25 PM GMT+8 , Processed in 0.040800 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list