View: 6443|Reply: 0
|
[Kelantan]
Khutbah Jumaat seru henti boikot: Fahami mesej disampaikan
[Copy link]
|
|
ZULKIFLI (kanan) menerima Resolusi Konvensyen daripada Exco Duat Al-Falah negeri, Amir Ismail (kiri) sambil diperhatikan Mahadi (tengah) pada majlis perasmian Konvensyen Dakwah dan Tarbiah Kelantan 2024 di Dewan Sri Tunjong, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, di sini. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Kota Bharu: Orang ramai perlu melihat intipati yang ingin difokuskan dalam khutbah Jumaat yang dibacakan di masjid dan surau di seluruh Perak semalam.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, khutbah yang disediakan itu pastinya sudah disemak dan melalui proses yang terperinci sebelum dibacakan.
"Mereka (kerajaan negeri) punya jawatankuasa yang menyediakan teks, mufti yang menyemak dan saya pasti ia melalui proses yang 'detail'.
"Namun begitu yang paling perlu ditekankan adalah mesej yang ingin disampaikan untuk mewujudkan masyarakat yang berilmu, menyemak, berhati-hati dalam membuat keputusan dan itu antara mesej yang perlu difahami," katanya ketika sidang media, di sini, hari ini.
Khutbah yang dibacakan semalam menjadi 'trending' (sohor kini) di media sosial susulan isu diutarakan berkaitan amalan boikot atau memulaukan perniagaan tertentu yang dianggap bertentangan prinsip keadilan.
Khutbah bertajuk "Menghayati Keadilan Sejagat Dalam Kehidupan Bernegara" yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) itu turut memetik pandangan Mufti Perak, Datuk Seri Wan Zahidi Wan Teh yang pernah menyuarakan pandangan isu boikot agar ia harus dihentikan dengan hujah bahawa perbuatan sebegitu berlawanan dengan keadilan Islam.
Zulkifli berkata, teks khutbah itu juga menekankan aspek sesuatu tindakan yang perlu dibuat seseorang individu itu perlulah berdasarkan fakta.
"Aspek sebelum kita membuat sesuatu keputusan atau tindakan adalah kita mesti berdasarkan kepada data, fakta, apakah implikasinya secara makro dan mikro kepada masyarakat," katanya.
Terdahulu beliau hadir merasmikan Konvensyen Dakwah dan Tarbiah Kelantan 2024 di Dewan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Negeri Kelantan.
Turut hadir, Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Kelantan, Mahadi Awang.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... i-mesej-disampaikan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|