CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6270|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Aliran trafik perlahan di beberapa lebuh raya utama

[Copy link]
Post time 25-5-2024 04:16 PM | Show all posts |Read mode

Trafik perlahan di ELITE arah Selatan dari Bandar Serenia ke Bandar Baru Nilai. - Foto X PLUS Malaysia Berhad

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan perlahan berikutan pertambahan kenderaan sempena cuti sekolah bagi penggal pertama mulai hari ini.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi memaklumkan, bagi Pantai Timur, aliran trafik Kuala Lumpur-Karak (KLK) dari Tol Gombak ke Bukit Tinggi dilaporkan perlahan akibat pertambahan kenderaan sejak jam 9 pagi tadi.

"Selain itu, aliran trafik di Genting Sempah selepas terowong juga dilaporkan perlahan.

"Bagi aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) iaitu dari Lancang ke Temerloh dan Temerloh ke Lancang turut perlahan disebabkan ada kawasan yang terbabit dengan aktiviti pembinaan tebatan banjir," katanya.


Katanya lagi, aliran trafik tinggi dan perlahan itu dijangka sehingga lewat petang ini.

Sementara itu, berdasarkan semakan BH dilaman rasmi X PLUS Malaysia Berhad (PLUS), aliran trafik dilaporkan perlahan dari utara Sedenak ke Simpang Renggam dan Sungai Buloh ke kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Rawang.

"Selain itu, aliran trafik turut dilaporkan perlahan di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), di kedua-dua arah utara dan selatan Bandar Gamuda Cove ke Shah Alam dan dari Shah Alam ke Bandar Gamuda Cove.

"Aliran trafik di ELITE arah selatan dari Bandar Serenia ke Bandar Baru Nilai dan arah utara dari Bandar Baharu ke Bandar Cassia turut dilaporkan perlahan," katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1800-88-0000 dan laman Twitter di http://www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-887752 serta laman Twitter di http://www.twitter.com/LLMtrafik.
https://www.bharian.com.my/berit ... pa-lebuh-raya-utama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 04:25 PM GMT+8 , Processed in 0.236135 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list