CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3253|Reply: 0

[Pulau Pinang] Abdul Rashideen tinggal sehelai sepinggang, ditempatkan di inap desa

[Copy link]
Post time 25-5-2024 06:06 PM | Show all posts |Read mode
Abdul Rashideen tinggal sehelai sepinggang, ditempatkan di inap desa


Oleh Zuhainy Zulkiffli - Mei 25, 2024 @ 5:25pm bhnews@bh.com.my




Timbalan Speaker yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Datuk Azrul Mahathir Aziz (kanan) ketika bertemu dengan mangsa kebakaran rumah kedai, Abdul Rashideen Saida Mohammed, 29 (kiri). NSTP/Foto ihsan ADUN Bayan Lepas





BALIK PULAU: Mangsa yang terselamat dalam kebakaran rumah kedai dua tingkat di Jalan Balik Pulau di sini, yang mengorbankan tiga beranak, diberi bantuan kilat berupa pakaian.

Timbalan Speaker yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Datuk Azrul Mahathir Aziz, berkata barangan itu terdiri daripada pakaian berikutan mangsa Abdul Rashideen Saida Mohammed, 29, hanya keluar dari rumah bagi menyelamatkan diri.

Katanya, sumbangan pakaian asas harian itu sebagai tanda simpati kepada mangsa dan turut mengiringi ialah wakil Ahli Parlimen Balik Pulau, Wan Amir.

"Mangsa dalam keadaan sehelai sepinggang dan ketika ini Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga membantu memberi sumbangan wang serta kit bencana seperti tuala, selimut, dan toto.

"Pada masa ini, mangsa akan ditempatkan di sebuah inap desa," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Terdahulu, BH Online melaporkan mengenai kebakaran di Jalan Balik Pulau yang mengorbankan tiga beranak.

Mangsa ialah Noorul Bowjiya Saida Mohamed, 58; Mohammmad Ibrahim Saida Mohamed, 33; dan N Rahbiah Jasmin, 19.

Jasad tiga beranak itu ditemukan secara bertindan di tingkat bawah rumah berkenaan.

Difahamkan, ketika kejadian, ibu bersama tiga anaknya itu di dalam rumah berkenaan.

Pada mulanya, ibu bersama dua anak lelaki berjaya keluar dari rumah namun sebaik menyedari bahawa adik perempuannya tidur di tingkat atas, anak lelaki dan ibunya masuk semula menyebabkan mereka berdua turut terperangkap.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 09:36 PM GMT+8 , Processed in 0.072948 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list