View: 9556|Reply: 0
|
Al-Ain benam Yokohama 5-1 final Liga Juara-Juara Asia
[Copy link]
|
|
Pemain dan pegawai Al-Ain meraikan kejayaan memenangi Liga Juara-Juara Asia selepas mengatasi kelab Jepun, Yokohama F-Marinos pada final kedua di Stadium Hazza bin Zayed, Abu Dhabi awal pagi tadi. – Foto REUTERS
AL-AIN, Emiriah Arab Bersatu: Al-Ain kendalian Hernan Crespo membelasah Yokohama F-Marinos yang beraksi 10 pemain 5-1 pada final kedua Liga Juara-Juara Asia untuk menjulang trofi itu buat kali kedua dalam sejarah mereka awal pagi tadi.
Tuan rumah ketinggalan 2-1 selepas final pertama namun dua gol daripada Soufiane Rahimi, penalti Kaku dan dua gol lewat Kodjo Laba memastikan kemenangan 6-3 secara agregat selepas penjaga gol Yokohama, William Popp dibuang padang sejurus sebelum rehat.
Al-Ain, kelab paling berjaya di negara kaya minyak Emiriah Arab Bersatu (UAE), memenangi final Liga Juara-Juara sulung pada 2003 selain muncul naib juara pada 2005 dan 2016.
"Ia terlalu sukar untuk menggambarkan perasaan ketika ini," kata Crespo, yang hanya menyertai Al-Ain pada November lalu dan dikerumuni pemain ketika beliau bercakap kepada wartawan.
"Kami berhak dengan kejuaraan ini. Setiap kali kami berdepan suku akhir, separuh akhir dan malah final semuanya tampil sebagai pasukan bukan pilihan," katanya.
Jurulatih Al-Ain, Hernan Crespo meraikan kemenangan bersama trofi selepas menundukkan Yokohama F-Marinos pada final Liga Juara-Juara Asia di Stadium Hazza bin Zayed, Abu Dhabi awal pagi tadi. – Foto REUTERS
"Pada awalnya tiada siapa yakin dengan keupayaan kami tetapi kami melakukannya. Pemain ini, mereka melakukan sesuatu yang besar."
Dalam laluan ke final, Al-Ain menyingkirkan kelab Cristiano Ronaldo, Al-Nassr pada suku akhir sebelum menamatkan rekod 34 perlawanan tanpa kalah kelab gergasi Arab Saudi, Al-Hilal pada separuh akhir.
Bagaimanapun jurulatih Yokohama, Harry Kewell berang mengenai sepakan penalti pada separuh masa pertama, mengkritik pengadil dan apa yang dikatakannya sebagai kurangnya semangat kesukanan oleh Al Ain.
"Kami bermain pada tahap yang mana semangat kesukanan sepatutnya tinggi. Bagi saya, pengadil malam ini lemah dan beliau membenarkan perkara tertentu berlaku. Ia tidak sepatutnya sepakan penalti," kata warga Australia itu.
"Agak sukar untuk mendapat rentak apabila anda bermain menentang pengadil yang sangat teruk... ia menyakitkan, ia amat melukakan," katanya. – AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... ga-juara-juara-asia |
|
|
|
|
|
|
| |
|