View: 10940|Reply: 0
|
[Terengganu]
Pengusaha pusat memanah disyaki miliki pedang, senapang dan pistol tiruan
[Copy link]
|
|
Maizura (tengah) menunjukkan sebahagian senjata yang dirampas dalam serbuan di sebuah pusat latihan memanah di Kampung Balai Besar, Dungun pada sidang akhbar di IPD Dungun hari ini.
DUNGUN – Seorang pengusaha pusat latihan memanah di Kampung Balai Besar di sini ditahan polis kerana disyaki memiliki senapang dan pistol tiruan serta pedang pada Khamis lalu.
Lelaki berusia 27 tahun itu ditahan bersama senjata terbabit yang dianggarkan bernilai keseluruhan RM10,000 pada serbuan di rumahnya pada pukul 10.15 malam.
Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Maizura Abdul Kadir berkata, serbuan dilakukan setelah pihak berkuasa curiga dengan aktiviti pusat latihan memanah yang telah dibuka di kawasan kediaman suspek.
“Serbuan berjaya menjumpai 10 laras senapang tiruan, tiga pucuk pistol tiruan, tiga bilah pedang, lima unit busur, 10 batang anak panah dan 20 butir peluru tiruan dipercayai milik suspek.
“Hasil soal siasat awal lelaki itu mendakwa membeli semua senjata terbabit secara atas talian untuk koleksi peribadi,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun di sini hari ini.
Maizura berkata, siasatan awal juga mendapati pusat latihan memanah yang sudah dibuka sejak tujuh tahun itu turut beroperasi tanpa lesen.
Tambah beliau, setakat ini, siasatan awal tidak menjumpai sebarang penglibatan suspek dengan pertubuhan haram atau militan. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... -dan-pistol-tiruan/ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|