View: 10928|Reply: 0
|
[Terengganu]
Seludup komponen, pasang sebelum jual kenderaan mikromobiliti
[Copy link]
|
|
Mohd. Nadzri (kiri) memeriksa sebahagian 147 kenderaan mikromobiliti disyaki seludup yang dirampas dalam serbuan di Kuala Terengganu pada Khamis lalu.
KUALA TERENGGANU – Tindakan dua pengusaha kedai permainan dan rekreasi di bandar raya ini dan Kuala Nerus menjual kenderaan mikromobiliti disyaki seludup membawa padah apabila premis perniaga mereka diserbu pasukan penguat kuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JDKM) pada Khamis lalu.
Pengarah Kastam Terengganu, Mohd. Nadzri Ariffin berkata, dalam serbuan pada pukul 11 pagi itu berjaya merampas 147 unit kenderaan mikromobiliti pelbagai jenis bernilai keseluruhan termasuk cukai RM708,082.60.
“Serbuan pertama di premis perniagaan pertama berjaya menyita 130 unit kenderaan mikromobiliti, manakala 17 unit pula di premis kedua.
“Kenderaan mikromobiliti berupa moped bike, basikal kuasa elektrik dan peralatan mobiliti persendirian (PMD) berkuasa elektrik tersebut disyaki dibawa masuk ke negara menggunakan dokumen pengimportan palsu,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Penguatkuasaan JDKM Terengganu di sini hari ini.
Mohd. Nadzri berkata, kenderaan mikromobiliti telah dikategorikan sebagai barang larangan import di bawah Item No. 7, Bahagian II, Jadual Kedua, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023.
Beliau berkata, siasatan awal kenderaan mikromobiliti itu dipasarkan sindiket yang berpengkalan di Pantai Barat.
“Sindiket itu melakukan pengikraran palsu sewaktu membawa masuk kenderaan mikromobiliti dengan cara komponen tercerai dari luar negara.
“Komponen-kompenan berkenaan akan dipasang dalam gudang dipercayai terletak di Pantai Barat sebelum dipasarkan ke kedai-kedai permainan dan rekreasi seluruh negara termasuk di Terengganu,” katanya.
Mohd. Nadzri berkata, dua pengusaha kedai permainan dan rekreasi yang masing-masing berusia 37 dan 39 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seskyen 135(1) Akta Kastam 1967. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... raan-mikromobiliti/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|