CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23079|Reply: 0

[Perlis] EXCO Pelancongan Perlis sudah sedar, keadaan makin stabil - MB

[Copy link]
Post time 26-5-2024 06:14 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 26-5-2024 06:32 PM

EXCO Pelancongan Perlis sudah sedar, keadaan makin stabil - MB


Mei 26, 2024 @ 5:38pm



Wan Badariah Wan Saad




KANGAR: Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Perlis, Wan Badariah Wan Saad yang dirawat dan ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini sejak 14 Mei lalu sudah sedar serta keadaannya semakin stabil.

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, berkata bagaimanapun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mata Ayer daripada PAS itu masih dalam keletihan.

"Dia (Wan Badariah) sedar tetapi terlampau letih. Paru-paru masih ada jangkitan," katanya yang dihubungi Bernama hari ini.

Mohd Shukri berkata, pada masa ini portfolio Wan Badariah digalas dua EXCO iaitu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Kemajuan Sukan Perlis, Wan Zikri Afthar Ishak dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Perlis, Megat Hashirat Hassan.

Pada 15 Mei lalu, Bernama melaporkan Wan Badariah, 47, mendapatkan rawatan dan ditidurkan pada petang 14 Mei di ICU, HTF dan Menteri Besar Perlis dipetik sebagai berkata ADUN berkenaan ditidurkan selepas mengalami komplikasi jantung dan paru-paru. - BERNAMA







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 10:23 PM GMT+8 , Processed in 0.060558 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list