CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24819|Reply: 1

[Kedah] 'Saya tak lari, takkan nak buat video untuk tunjuk kepada semua?'

[Copy link]
Post time 26-5-2024 09:36 PM | Show all posts |Read mode
'Saya tak lari, takkan nak buat video untuk tunjuk kepada semua?'


Redzuan Muharam
redzuan.muharam@hmetro.com.my



Mohd Azlan memangku anaknya Mohd Aariz Zafran (gambar fail). FOTO Bernama





Alor Setar: "Ada masalah jadi saya pergi selesaikan dahulu..takkan setiap kali selesai (masalah) nak buat video untuk tunjuk kepada semua?" Begitu reaksi Mohd Azlan Ishak, 35, lelaki tular sebelum ini kerana membawa Mohd Aariz Zafran, bayi lelaki berusia 11 bulan yang menghidap paru-paru kronik menaiki motosikal ketika diminta mengulas dakwaan dia menghilangkan diri.

Menurut Mohd Azlan, tiada sebab untuknya menghilangkan diri kerana ada ketikanya dia tiada di rumah bagi menguruskan hal di luar, salah satunya ke pejabat agama Islam bagi menyelesaikan urusan perkahwinan.

"Sebelum ini tak berkemampuan kerana dahulukan belanja anak tapi kini ada kesempatan jadi dapatlah saya uruskan hal perkahwinan.

"Saya tak lari ke mana pun kerana ada saja di sini," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Mengulas dakwaan segelintir pihak yang mengatakan dia menerima RM200,000 selepas kisahnya tular, Mohd Azlan berkata, dia sendiri tidak tahu daripada mana datangnya jumlah seperti dinyatakan itu.

"Saya pun tak periksa lagi akaun bank, buat apa periksa kerana duit sumbangan orang ramai masih ada pada tangan jadi gunakan yang itu dulu.

"Bukan nak menyombong cuma sebelum ini ada RM50 dalam tangan pun cukup dan sekarang lebih daripada itu jadi syukur Alhamdulillah.

"Tapi semoga apa mereka sebutkan (terima RM200,000) itu dimakbulkan. Mungkin itu doa mereka dan rezeki anak saya," katanya.

Sementara itu, Mohd Azlan menafikan dakwaan pasangannya, Norhidayu Halim, 35, membeli barangan kemas dengan harga mencecah RM20,000.

Katanya, ia adalah satu tuduhan yang tidak berasas dan individu terbabit sepatutnya bertanya dengannya terlebih dulu bagi mendapatkan kepastian sebelum menyebarkan maklumat salah.

"Mana bukti jika ada (beli barangan kemas RM20,000)? Cincin sebentuk RM800 adalah..itu pun nak buat kahwin dan bakal emak mentua yang belikan, siap ada resit.

"Jadi, saya pinta orang di luar sana jangan salahkan seseorang tanpa usul periksa kerana sebaiknya tanya depan-depan tanpa buat andaian sendiri.

"Setakat ini, ada yang sudah datang jumpa saya mohon maaf sebab saya buat laporan polis berhubung isu beli barangan kemas RM20,000.

"Ikut hati nak saja bawa mereka yang berkenaan ke mahkamah tapi tak sampai hati kerana saya pun pernah kesempitan wang jadi maafkan. Lagipun, saya juga ada hati dan perasaan," katanya yang juga memohon ampun kepada Allah SWT atas kesilapan masa silamnya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan kisah tular Mohd Azlan dan Norhidayu Halim, 35, kerana membawa Mohd Aariz Zafran yang berumur 11 bulan menaiki motosikal dengan memakai alat pernafasan Continuous Positive Airway Pressure (CPAP) ke hospital.

Kepayahan dilalui pasangan itu mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, pelbagai dakwaan timbul selepas kisah mereka tular salah satunya pendedahan Pengerusi Qariah Masjid Al Maarufi Seberang Kota, Muhammad Hazamer Muslim mengenai status Mohd Azlan dan pasangan yang bukan suami isteri sah.

Hari ini, Muhammad Hazamer Mualim berkata, Mohd Azlan dan bakal bapa mentuanya hadir ke pejabatnya di masjid berkenaan 3 petang tadi.

Katanya, lelaki itu datang membawa dokumen lengkap untuk mengisi borang pernikahan bersama pasangannya.



Disiarkan pada: Mei 26, 2024 @ 8:06pm






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2024 12:07 PM | Show all posts
kalau tak de yang kantoikan, tak kawin ler sampai ke sudah. ape pun selamat berumahtangga
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 199963 Replies : 4698
Nama pokok ni?
BelovedTaeyeonNama pokok ni?
Views : 6357 Replies : 15
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 11291 Replies : 185
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30478 Replies : 185
Awesome place in Iceland --
dexaAwesome place in Iceland --
Views : 1453 Replies : 1
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 11889 Replies : 12
upsr bocor versi murid, cikgu, bapak
jonedoeupsr bocor versi murid, cikgu, bapak
Views : 5516 Replies : 23
UK dilanda cuaca panas melampau 26 darjah celcius
YgBenarUK dilanda cuaca panas melampau 26 darja
Views : 11408 Replies : 10
Jangan Melangkawi Batas
riena3321Jangan Melangkawi Batas
Views : 19021 Replies : 56
Mohon hati2 ye adik2 PLKN nnti.. Mereka ada di mana2 ????????
chaconMohon hati2 ye adik2 PLKN nnti.. Mereka
Views : 2851 Replies : 10

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 07:57 PM GMT+8 , Processed in 0.075554 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list