View: 8665|Reply: 1
|
[Wilayah Persekutuan]
Tular imamkan solat jenazah ayah ketika SPM: Muhammad Hud raih 11A
[Copy link]
|
|
Muhammad Hud Ukail menunjukkan keputusan 11A dalam SPM 2023 dan gambar bersama arwah bapanya. - NSTP/Mohd Fadli Hamzah
PUTRAJAYA: "Ini hadiah untuk ayah", itu kata Muhammad Hud Ukail Suhaifulfarizal, 17, dalam nada suara bergetar kerana menahan sebak sambil menggenggam erat di dada slip keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diterimanya pagi tadi.
Calon cemerlang SPM 2023 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Putrajaya (SMAPUTRA) yang memperoleh semua A bagi 11 mata pelajaran didudukinya itu, mengungkapkan kata-kata berkenaan ketika ditanya perasaannya meraih kejayaan terbabit.
Katanya, keputusan membanggakan itu sememangnya diharapkan arwah bapanya, Suhaifulfarizal Adanan, malah menjadi pesanan terakhir Allahyarham kepada Muhammad Hud Ukail, sebelum insan itu meninggal dunia.
"Saya sempat berbual kali terakhir menerusi panggilan video dengan ayah, tiga hari sebelum dia meninggal dunia dan masa itu saya dapat cakap sekejap dengan dia.
"Ayah minta saya doakan kesihatan dia, suruh jaga adik-adik, ayah juga beritahu dia cuma harapkan saya dapat 'straight' (semua) A, dia minta saya berusaha.
"Keputusan ini juga adalah bukti perjuangan saya demi ayah, ini hadiah untuk ayah," katanya kepada BH.
Terdahulu, kisah Muhammad Hud Ukail tular selepas dia pulang sebentar beberapa jam daripada menduduki SPM pada Februari lalu, untuk mengimamkan solat jenazah bapanya.
Kisah itu menyentuh hati orang ramai apabila dia tidak dapat berada di sisi ayahnya ketika arwah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang pada 7 Februari lalu.
Proses memandi dan mengkafan jenazah selesai sebelum jam 10 pagi, namun urusan solat jenazah ditangguhkan ketika itu bagi menunggu kepulangan Muhammad Hud Ukail dari sekolah.
Mengimbas saat dia menerima khabar sedih pemergian ayahnya, Muhammad Hud Ukail berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan guru dan sepupunya di sekolah mengenai berita berkenaan.
"Masa itu saya baru habis menjawab kertas Pendidikan Syariah Islamiah (PSI), kemudian ustaz panggil, saya mulanya ingatkan dia nak tanya macam mana saya jawab kertas soalan.
"Kemudian ustaz bawa saya ke belakang dewan peperiksaan dan saya nampak pula ada sepupu saya, di situ saya terfikir mesti ada apa-apa (khabar tak baik) sebelum diberitahu ayah sudah tiada dan diminta bersabar.
"Saya memang terkejut, lepas itu guru bawa saya balik ke rumah dan terus ke masjid," katanya.
Bagaimanapun, Muhammad Hud Ukail berkata, jauh di sudut hatinya bersyukur kerana dapat menunaikan permintaan akhir ayahnya untuk dia mengimamkan solat jenazah arwah.
"Ibu beritahu arwah ayah sebelum itu memang minta saya imamkan solat jenazahnya," katanya.
Ditanya perancangan akademik masa depannya, Muhammad Hud Ukail berkata, dia berhasrat melanjutkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang undang-undang.
"Saya nak sambung jadi peguam sebab saya minat dan saya harap dengan keputusan yang saya dapat, saya boleh mohon biasiswa kerana tak nak bebankan keluarga," katanya.
Sementara itu, ibunya, Waila Mohd Nasir, 51, meluahkan kesyukuran dengan keputusan diperoleh anak keduanya daripada empat beradik itu.
"Alhamdulillah, ini berkat doa arwah suami dan saya tahu dia (Muhammad Hud Ukail) memang kuat sejak kecil. Malam sebelum arwah meninggal dunia, memang arwah tengah nazak, dia tanya ayah macam mana, saya beritahu ayah okay, cuma fokus kepada peperiksaan.
"Malah, ayah dia pun tak mahu cakap sebab mahu anak fokus kepada peperiksaan. Saya kata kepada dia, ayah di hospital, ada doktor, ada jururawat, Hud fokus kepada SPM demi masa depan, itu yang ayah nak daripada Hud," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... hammad-hud-raih-11a |
|
|
|
|
|
|
|
"Masa itu saya baru habis menjawab kertas Pendidikan Syariah Islamiah (PSI), kemudian ustaz panggil, saya mulanya ingatkan dia nak tanya macam mana saya jawab kertas soalan.
paper last ke..?
klu paper tgh2, mcmana la dia focus.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|