CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4157|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Waspada panggilan individu menyamar pegawai MCMC

[Copy link]
Post time 28-5-2024 04:55 PM | Show all posts |Read mode

Terdapat peningkatan kes yang diterima oleh MCMC berhubung panggilan yang diterima bermatlamat memperdaya mangsa. - Foto hiasan

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan panggilan oleh individu tidak dikenali yang menyamar sebagai pegawai MCMC.

MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan dalam tempoh seminggu yang lalu, terdapat peningkatan kes yang diterima oleh pihaknya berhubung isu itu dengan modus operandi panggilan yang diterima bermatlamat memperdaya mangsa bagi tujuan tertentu.

"Pemanggil memperkenal dirinya sebagai pegawai MCMC dan memaklumkan nombor telefon mangsa terbabit dalam kegiatan jenayah dan mendakwa sekiranya mangsa gagal mengikut arahan yang diberikan, talian akan disekat atau disenarai hitam," menurut kenyataan itu.

MCMC menegaskan sebarang pengumuman atau pemakluman mengenai urusan berkaitan dengan pihaknya dilaksanakan mengikut saluran rasmi seperti e-mel, laman sesawang MCMC atau menerusi platform media sosial.


"MCMC dan bukannya menggunakan nama individu, nombor telefon bimbit persendirian mahupun penggunaan bahasa yang meragukan. Pihak berkuasa, termasuk MCMC tidak akan meminta butiran dan maklumat peribadi individu,"menurut MCMC.

Menurut kenyataan itu, MCMC menggesa orang ramai untuk tidak terpedaya dengan panggilan sedemikian oleh pihak yang tidak dikenali.

"Orang ramai disarankan untuk membuat tetapan sekatan ke atas nombor telefon pemanggil (block call or reject list) atau mendapatkan perisian atau aplikasi bagi menyekat kemasukan panggilan atau SMS ke talian telefon yang dimiliki," katanya.

MCMC memaklumkan sekiranya menerima panggilan mencurigakan, segera laporkan perkara tersebut kepada pihak polis atau Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997, yang beroperasi dari jam 8 pagi hingga 8 malam untuk tindakan selanjutnya.

"Orang ramai juga boleh melayari portal Sebenarnya.my untuk mendapatkan pengesahan mengenai sesuatu berita yang tidak ditentusahihkan," menurut kenyataan itu sambil menambah kewaspadaan orang ramai penting dalam melindungi diri daripada menjadi mangsa penipuan, kecurian maklumat peribadi serta bentuk jenayah yang lain. – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berit ... nyamar-pegawai-mcmc
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 03:54 PM GMT+8 , Processed in 0.135228 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list