CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1538|Reply: 0

[Pahang] Sembilan rumah kedai di Kampung Baru Jerkoh musnah terbakar

[Copy link]
Post time 29-5-2024 04:19 PM | Show all posts |Read mode

KEADAAN deretan kedai yang terbakar di Kampung Baru Jerkoh, Benta di Lipis, Pahang awal pagi tadi.

LIPIS – Sebanyak sembilan rumah kedai jenis separuh kekal di Kampung Baru Jerkoh, Benta di sini musnah dalam kejadian kebakaran awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Beliau berkata sebanyak empat jentera bomba bersama 18 anggota dan pegawai bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 2.57 pagi.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian pada pukul 3.25 pagi, pihak bomba mendapati berlaku kebakaran membabitkan deretan 11 buah rumah kedai jenis separuh kekal.

“Kejadian berkenaan mengakibatkan tujuh buah rumah kedai musnah 100 peratus, dua buah musnah 40 peratus manakala baki dua buah rumah lagi selamat,” katanya di sini hari ini.

Menurut Ismail, pihaknya mengambil masa lebih satu jam untuk mengawal kebakaran. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... oh-musnah-terbakar/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 08:20 AM GMT+8 , Processed in 0.055245 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list