View: 3925|Reply: 0
|
[Selangor]
Tidak sah korban jika buat BBQ
[Copy link]
|
|
Gambar hiasan
PETALING JAYA – Tidak sah ibadat korban seseorang itu sekiranya daging korban tidak diagihkan kepada orang miskin walaupun digunakan untuk memasak dan menjemput tetamu.
Ini kerana kata penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus, daging korban perlu diagihkan secara mentah kepada mereka yang layak terutamanya golongan miskin.
“Daging korban haram tidak diberikan kepada orang miskin dan tidak sah (ibadat korban). Masuk korban buat barbeku (BBQ). Ramai yang buat macam ini.
“Dia masuk korban, dapat daging sembilan kilogram (kg), masuk dalam peti sejuk tiga kg, yang daging lebih itu panggil kawan pejabat buat BBQ. Tidak sah korban,” katanya pada satu sesi ceramah di sebuah masjid baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Azhar berkata, tujuan korban adalah menyembelih binatang yang tidak mampu disembelih oleh orang miskin.
Katanya, daging itu kemudiannya diberikan kepada orang miskin yang tidak mampu membelinya sepanjang tahun.
“Kita korban tak bagi orang miskin, makan bersama ahli kariah. Korban ini bukan untuk kita. Nabi Muhammad S.AW korban dapat daging dari seekor unta, dipegang setapak tangan sahaja untuk keluarganya makan. Yang lain semua untuk orang miskin.
“Kita korban setapak tangan untuk orang miskin, sebesen buat balik rumah. Perbuatan ini kena betulkan balik, tak payah buat makan-makanlah,” nasihatnya.
Tambah Azhar, apa yang dibolehkan adalah sekiranya dapat daging sembilan kg harus dibahagikan kepada tiga bahagian atau bersama tiga kg setiap bahagian.
“Tiga kg untuk orang miskin sebagai wajib, tiga kg untuk orang bukan miskin termasuk kawan-kawan dan ahli kariah dan tiga kg lagi kita makan sendiri.
“Ini harus tapi kurang pahala. Yang paling banyak pahala adalah mengikut sunnah Nabi Muhammad S.A.W,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... rban-jika-buat-bbq/ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|