CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5611|Reply: 0

[Kelantan] Pemuda OKU miliki MyKad selepas 10 tahun

[Copy link]
Post time 29-5-2024 04:44 PM | Show all posts |Read mode

Muhamad (dua dari kanan) menunjukkan MyKad milik Afiq Aiman yang dihantar oleh pihak JPN ke rumahnya di Kampung Chenok, Batu 8 dekat Kota Bharu, Kelantan hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

KOTA BHARU – Penantian selama 10 tahun seorang pemuda orang kelainan upaya (OKU) untuk memiliki MyKad akhirnya tercapai apabila dia menerima dokumen pengenalan diri itu menerusi Program Menyemai Kasih Rakyat (Mekar) Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini.

MyKad milik Afiq Aiman Muhamad , 22, itu diserahkan oleh Ketua Pengarah JPN, Badrul Hisham Alias kepada bapanya, Muhamad Abdullah, 68, di rumah mereka di Kampung Chenok, Batu 8, di sini.

Muhamad berkata, Afiq Aiman lumpuh seluruh badan selepas mengalami cirit-birit ketika berusia 13 bulan hanya mempunyai Sijil Kelahiran kerana dia tidak berupaya untuk membawa anaknya mendaftar MyKad di JPN.

“Saya telah dibantu oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) untuk memohon kad pengenalan pada bulan lalu. Alhamdulillah, pihak JPN datang ke rumah bagi menyelesaikan urusan berkenaan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Mekar Penyerahan Dokumen Pengenalan Diri di Kampung Chenok, Batu 8, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... d-selepas-10-tahun/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 05:00 PM GMT+8 , Processed in 0.044550 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list