CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2816|Reply: 0

[Terengganu] 12 tukun tiruan dilabuhkan di Pulau Kapas, Pulau Redang

[Copy link]
Post time 30-5-2024 06:55 PM | Show all posts |Read mode
12 tukun tiruan dilabuhkan di Pulau Kapas, Pulau Redang

OlehNURFARDLINA IZZATI MOKTAR

30 Mei 2024 06:04pm








Tukun tiruan dilabuhkan Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) di perairan taman laut Pulau Kapas dan Pulau Redang - Foto: Dr Azman Ibrahim




MARANG - Sebanyak 12 unit tukun tiruan jenis kuboid juvenil penghalang pukat tunda bagi tujuan konservasi bernilai RM400,000 dilabuhkan Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) di perairan taman laut Pulau Kapas dan Pulau Redang.

DOF dalam kenyataan memaklumkan Terengganu menerima peruntukan untuk pembangunan tukun tiruan di bawah Jabatan tersebut pada setiap tahun untuk sepanjang Rancangan Malaysia (RMK) Ke-11 (RMK11) hingga RMK12.



Menurut kenyataan itu, sepanjang tempoh RMK12 iaitu bermula 2021 hingga 2025 melibatkan keseluruhan peruntukan pembangunan bagi projek tukun tiruan DOF berjumlah RM11.28 juta.

"Dari tahun 2021 hingga 2023, sebanyak 202 unit tukun tiruan telah berjaya dilabuhkan di 25 lokasi dengan jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan adalah RM6.18 juta.



"Bagi tempoh 2021 hingga 2024, sejumlah 46 unit tukun telah dilabuhkan di enam lokasi di negeri Terengganu dengan peruntukan sejumlah RM 1.357 juta,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Turut hadir, Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Terengganu, Dr Azman Ibrahim dan Pengarah Perikanan Negeri Terengganu, Ruzaidi Mamat.

Tambah kenyataan itu lagi, program usahasama berkenaan bertujuan bagi memulihara serta meningkatkan sumber perikanan marin sekali gus dapat memberi manfaat kepada 8,309 orang nelayan di Terengganu.

Katanya, tukun itu juga dapat mengekang aktiviti penangkapan ikan menggunakan peralatan tidak mesra sumber di kawasan perairan pantai.




"Tukun kuboid juvenil dapat menyediakan habitat dan perlindungan kepada ikan bersaiz kecil dan peringkat juvenil.
"Lubang pada bahagian sisi tingkat kedua dan ketiga ditutup supaya pergerakan arus dapat dikurangkan serta ikan juvenil akan berlindung di kawasan tertutup.

"Kawasan pembiakan dan nurseri untuk ikan dan hidupan marin ini secara tidak langsung mewujudkan kawasan ekopelancongan untuk aktiviti rekreasi seperti selam skuba," ujarnya.

Jelas kenyataan itu, sebanyak RM2.4 juta diperuntukkan di bawah RMK12melalui projek kelestarian dan kesihatan sumber bagi pembangunan tukun tiruan konservasi di 12 lokasi di enam negeri iaitu Kedah, Perak, Melaka, Pahang, Terengganu serta Wilayah Persekutuan Labuan.

Selain itu katanya, DOF juga pada tahun 2020 telah menjalankan kajian keberkesanan tukun tiruan ke atas 84 tapak.

"Hasil kajian mendapati terdapat antara 129 hingga 6,047 kilogram (kg) biomass ikan direkodkan pada satu tapak tukun tiruan dengan nilai sumber tertinggi berjumlah RM 84,759.60," jelas kenyataan berkenaan.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 05:00 PM GMT+8 , Processed in 0.103706 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list