CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3529|Reply: 0

[Sarawak] Generasi muda harus didedah dengan keunikan budaya dan adat resam kaum

[Copy link]
Post time 31-5-2024 05:56 PM | Show all posts |Read mode


Tuai Rumah Brandah (tiga kanan) menyampaikan cenderahati kepada Dayang Noorazah (tiga kiri) sambil diperhatikan yang lain pada majlis berkenaan.

SRI AMAN: Generasi muda hari ini harus didedahkan dengan keunikan budaya dan adat resam kaum masing-masing menerusi sambutan perayaan utama di negara ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, ini bagi memastikan budaya dan adat resam sesuatu kaum itu sentiasa terpelihara.

“Perkara ini perlu didedahkan kepada generasi muda kita agar mereka sentiasa tahu akan adat resam serta budaya masyarakat majmuk dinegara ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Pengerami Mantar Gawai dan Majlis Sambutan Pra-Gawai 2024 anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Brandah Renggi, Kampung Tanjung Rirang di sini, pada Rabu.

Dayang Noorazah berkata, antara aspek adat dan budaya tersebut ialah pakaian dan makanan tradisional.

“Sebagai contoh, semasa perayaan Hari Gawai antara pakaian yang perlu didedahkan kepada golongan tersebut adalah ‘ngepan Iban’ atau ‘kain kebat’ bagi kaum Wanita, manakala bagi kaum lelaki pula adalah baju burung atau ‘gagung.’

“Semasa sambutan Hari Raya pula, kaum Melayu pula sangat terkenal dengan baju Melayu, songkok dan samping bagi kaum lelaki, manakala kaum wanita pula sememangnya terkenal dengan baju kurung dan sebagainya,” katanya.

Menyentuh mengenai majlis berkenaan, Dayang Noorazah menjelaskan, Rumah Brandah Renggi merupakan lokasi kelima yang dikunjungi beliau sempena Program Jelajah Gawai DUN Lingga 2024  yang bermula sejak 19 Mei lepas.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah wakil Jurutera Bahagian, Jabatan pengairan dan Saliran (JPS) Sri Aman Ahmad Sahril Suhaili, wakil-wakil dari agensi kerajaan, tuai rumah dari kawasan Stumbin dan Sembau serta penduduk setempat yang lain.

Majlis berkenaan dimeriahkan dengan acara memotong kek, ‘ngirup ai pengayu’ dan persembahan Suara Emas.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 06:49 AM GMT+8 , Processed in 0.040409 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list