CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7136|Reply: 0

[Sarawak] Tipu: Wanita dipenjara empat tahun

[Copy link]
Post time 31-5-2024 06:12 PM | Show all posts |Read mode


Gambar fail meninjukkan Suhana (kanan) dibawa keluar dari mahkamah ketika sebutan kes tahun lepas.

SIBU: Seorang wanita dijatuhi hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini setelah mengaku bersalah atas 40 pertuduhan menipu melibatkan kerugian berjumlah RM1.011 juta.

Majistret Oon Kork Chern yang menjatuhkan hukuman itu terhadap Suhana Abdullah, 39, terdahulu mengenakan hukuman setahun penjara bagi setiap pertuduhan.

Mahkamah bagaimanapun memerintah Suhana menjalani hukuman penjara bagi tiga pertuduhan pertama secara berasingan sementara bagi baki 37 pertuduhan lain, tertuduh diperintah menjalani hukuman penjara itu secara serentak.

Tertuduh yang juga bekas anggota majlis tertinggi sebuah parti politik di Sarawak, didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun dan tidak lebih sepuluh tahun serta dengan sebat dan juga boleh dikenakan denda.

Berdasarkan pertuduhan, Suhana didakwa menipu 37 orang mangsa membabitkan penawaran rumah kos rendah yang tidak wujud antara tahun 2019 dan 2022 di tempat yang berbeza.

Pendakwaan kes dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Amirul Hakim Mohamad Zamri, sementara tertuduh diwakili Reena Chong.

Berdasarkan laporan berita sebelum ini, selepas mangsa membuat pembayaran deposit, mereka diberikan resit malah ada di antara mangsa telah diberikan dokumen perjanjian untuk meyakinkan mereka mengenai tawaran tersebut.

Ketika mangsa cuba membuat susulan mengenai perkembangan rumah yang ditawarkan, tertuduh telah memberi pelbagai alasan.

Mangsa hanya menyedari ditipu selepas mengetahui projek perumahan yang disebut tertuduh masih belum dibangunkan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 05:07 AM GMT+8 , Processed in 0.034262 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list