CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7298|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki mengaku pukul anak saudara dengan hos getah didenda RM1,200

[Copy link]
Post time 31-5-2024 06:13 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman denda RM1,200 atau penjara tiga bulan ke atas seorang lelaki selepas dia mengaku bersalah memukul anak saudaranya yang berusia enam tahun menggunakan hos getah.

Majistret Zubaidah Sharkawi menjatuhkan hukuman itu terhadap Tan Kay Chai, 35, selepas dia mengaku bersalah terhadap Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya.

Tan melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Taman Sri Borneo, Jalan Stephen Yong di sini antara jam 4.30 petang dan 6.30 petang pada 13 Mac 2024.

Berdasarkan fakta kes, pada 14 Mac 2024, abang mangsa menghantar mesej WhatsApp kepada bapanya (pengadu) melaporkan mangsa dipukul Tan menggunakan hos getah.

Pengadu dan bekas isterinya bergilir-gilir menjaga anak mereka mengikut perintah mahkamah sejak mereka bercerai.

Ketika kejadian, anak-anak mereka sedang dijaga oleh keluarga bekas isteri pengadu.

Apabila menerima berita mangsa dipukul Tan, yang merupakan suami kepada kakak bekas isterinya, pengadu membuat laporan polis sehingga Tan ditahan pada 16 Mac 2024.

Siasatan mendapati keseluruhan kejadian disaksikan oleh abang mangsa yang turut mengakibatkan kesan lebam di belakang mangsa.

Pendakwaan kes dikendalikan Inspektor Nur Shafiqa Nyaie Ilin manakala Tan tidak diwakili peguam.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 05:07 AM GMT+8 , Processed in 0.034158 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list