CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2676|Reply: 0

[Johor] Banyak ikan arowana sudah mati

[Copy link]
Post time 1-6-2024 03:55 PM | Show all posts |Read mode

KEADAAN kolam ternakan pecah menyebabkan ribuan ikan arowana terlepas dan memasuki parit serta anak sungai. FOTO Alias Abd Rani

Simpang Renggam: "Banyak ikan dah mati mungkin disebabkan air keruh dan kurang oksigen," kata Mohd Sharil Amran, 40, yang turut serta menangkap ikan arowana yang terlepas di sekitar Layang dan Simpang Renggam.

Aktiviti yang memasuki hari keempat hari ini menyaksikan kawasan terbabit masih menjadi tumpuan orang ramai dari pelbagai daerah walaupun jumlah tangkapan semakin berkurangan.

Dia yang datang bersama ahli keluarga berkata, jumlah ikan sudah berkurangan berbanding dua hari pertama ketika kolam ternakan arowana itu pecah.

"Hari ini, tiada seekor pun ikan kami dapat jika dibandingkan semalam, kami berjaya menaikkan 25 ekor.


"Apa yang kami temui ketika ini kebanyakannya ikan sudah mati dan timbul di permukaan air," katanya.

Lelaki itu mengakui ikan ditangkapnya tidak dijual tetapi diberi kepada rakan dan ahli keluarga di sekitar Simpang Renggam.

Sementara itu, penduduk Kampung Tengah, Mamat Samad, 49, berkata, kampungnya menjadi tumpuan selepas video menangkap ikan arowana itu tular di media sosial.

Menurutnya lagi, kebanyakan mereka yang datang ke kawasan itu bukannya penduduk setempat, sebaliknya dari Kota Tinggi, Johor Bahru, Kulai dan sebagainya.

"Pada mulanya, orang kampung tidak tahu kolam takungan itu pecah sehinggalah mereka ternampak air memenuhi kebun masing-masing dan juga parit.

"Pelik apabila hujan tiada tapi air semakin penuh, jadi mereka siasat dan dapati kolam ternakan ikan pecah.

"Pada mulanya, penduduk kampung tidaklah kecoh sangat tapi apabila air sudah mengalir ke Layang, barulah ia menjadi buah mulut," katanya.

Penduduk memaklumkan kolam takungan ikan itu berkemungkinan pecah pada malam Selasa sebelum memasuki kebun mereka.

Tinjauan di lokasi mendapati masih terdapat aktiviti memburu spesis ikan itu sama ada menggunakan jalan atau memukat.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -arowana-sudah-mati

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 09:59 PM GMT+8 , Processed in 0.110774 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list