View: 6960|Reply: 0
|
[Selangor]
5 motosikal diubah suai disita
[Copy link]
|
|
ANTARA motosikal yang diperiksa dalam Operasi Samseng Jalanan di sekitar kawasan Bukit Ampang Saujana, Ampang Jaya, awal pagi semalam. FOTO ihsan Polis
Ampang Jaya: Lima motosikal disita dalam Operasi Samseng Jalanan di sekitar Bukit Ampang Saujana, di sini, semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Superintendan Nazruel Ekram Abu Saare berkata, 12 pegawai serta anggota daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya terbabit dalam operasi itu.
Katanya, operasi 1 pagi hingga 4 pagi itu dijalankan bagi menguatkuasakan rondaan pencegahan aktiviti rempit yang kerap diadakan pada waktu awal pagi setiap hujung minggu.
"Seramai 13 individu dan 13 kenderaan diperiksa dengan 29 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.
"Ini termasuk ubah suai ekzos, tiada lesen memandu, lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, cermin sisi dan lain-lain.
"Kami turut menyita lima motosikal disita di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Seksyen 6(4) akta sama kerana kesalahan pengubahsuaian pada struktur kenderaan dan ekzos," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, lima motosikal iaitu masing-masing sebuah Yamaha LC; Yamaha Y15; Yamaha Lagenda; Yamaha R15 dan Yamaha R25 itu dibawa balik ke Balai Polis Trafik Ampang untuk tindakan lanjut.
"Lokasi operasi ini sering menjadi tumpuan golongan remaja bermotosikal berkumpul dan melepak.
"Malah, ada segelintir daripada mereka gemar melakukan aksi-aksi berbahaya semasa menunggang motosikal," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... l-diubah-suai-disit |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|