CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5171|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Pei Jing hampir kehilangan semua wang simpanannya akibat penipuan

[Copy link]
Post time 3-6-2024 02:09 PM | Show all posts |Read mode

Lai Pei Jing

Kuala Lumpur: Pemain badminton beregu campuran negara Lai Pei Jing mendedahkan, bahawa beliau kehilangan hampir kesemua wang simpanannya akibat menjadi mangsa penipuan.

Pemain berusia 31 tahun itu dalam satu hantaran di Facebooknya malam tadi, menyatakan kekecewaannya dan meminta agar keluarganya tidak diganggu pada ketika mereka berhadapan emosi selepas kejadian itu.

Pei Jing, beregu campuran ke-23 dunia bersama Tan Kian Meng berkata, beliau kehilangan hampir keseluruhan wang simpanannya kepada satu kumpulan penipuan dan menyatakan pengalaman itu sesuatu yang sukar buatnya selepas bekerja keras sejak sekian lama.

"Pertamanya kepada rakan-rakan dan saudara yang melihat hantaran ini, sama ada anda ingin tahu atau ambil berat, tolong berikan keluarga dan saya ruang untuk kami hadapi kesedihan. Sila berikan kami masa untuk hadapi semuanya, terutamanya ibu saya. Terima kasih.


"Ya, saya sudah ditipu hampir keseluruhan wang simpanan saya oleh kumpulan penipuan. Secara jujurnya ia sesuatu yang amat berat untuk saya.

"Wang simpanan hasil titik peluh selepas bertahun-tahun bekerja keras... Saya teringatkannya hampir setiap saat dan bila ia terjadi saya akan terus teringat semua kejadian penipuan dan menyalahkan diri saya sendiri atas kebodohan dan kebaikan saya," katanya.

Walaupun masih beremosi, juara beregu campuran Terbuka Korea 2022 itu berazam untuk maju ke hadapan, kerana beliau sudah pun menghadapi emosinya selain memberikan kerjasama dengan pihak polis.

"Saya akan kongsikan lebih lanjut mengenainya. Saya berharap akan dapat elakkan lebih ramai menjadi mangsa dan juga perlu menerima hakikat bahawa saya telah ditipu. Jadi pada masa ini, saya mesti harunginya kerana hidup masih perlu diteruskan. Dunia tidak akan berhenti berputar hanya kerana saya... Nampaknya menjadi kuat adalah satu-satunya pilihan yang saya ada", katanya.

Pei Jing berkata: "Saya perlukan sedikit masa untuk selesaikan dan terima segala-galanya. Selepas itu, saya akan fikirkan cara untuk berkongsi butiran penipuan dengan semua orang. Saya berharap perkongsian saya dapat membantu orang lain menjadi lebih berwaspada dan mengelakkan lebih ramai mangsa daripada ditipu."

Pada Terbuka Singapura yang berakhir semalam, Pei Jing-Kian Meng tersingkir seawal pusingan kedua dan mereka dijadualkan untuk menyertai Terbuka Indonesia di Jakarta dari 4 hingga 9 Jun ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... nya-akibat-penipuan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 04:33 PM GMT+8 , Processed in 0.135240 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list