CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5387|Reply: 0

[Kelantan] Ketupat palas jantung hatiku laris menjelang Aidiladha

[Copy link]
Post time 3-6-2024 02:10 PM | Show all posts |Read mode

Ruslina Abdul Rahman, 60, menunjukkan ketupat palas jantung hatiku yang dihasilnya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Bukit Kechik, Melor, hari ini. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR

Kota Bharu: Menjelang Aidiladha yang berbaki dua minggu lagi, pengusaha ketupat palas jantung hatiku tidak menang tangan untuk menyiapkan tempahan pelanggan.

Ketupat jantung hatiku yang diusahakan sejak 40 tahun lalu itu mendapat sambutan apabila tampil dalam bentuk yang berbeza berbanding ketupat palas lain.

Ruslina Abdul Rahman, 60, berkata sejak beberapa minggu lalu dia yang dibantu anaknya, Nor Asmidar Abdullah, 35, sibuk menyiapkan tempahan pelanggan dari pelbagai daerah termasuk luar Kelantan.

Menurutnya, empat jenis ketupat dihasilkannya iaitu ketupat lemak, manis, pulut hitam dan serunding dengan harga serendah RM1 sebiji sehingga RM1.40 sebiji.

"Bentuk ketupat yang diberi nama jantung hatiku ini adalah idea daripada arwah ibu sejak 40 tahun lalu dan sehingga kini saya hanya membuat ketupat bentuk ini sahaja.

"Resepi sama sebagaimana ketupat lain dan menggunakan daun palas yang sama, cuma yang membezakan adalah bentuk sahaja.

"Alhamdulillah, disebabkan bentuk yang berbeza, ketupat ini sentiasa mendapat sambutan sehingga ke Lembah Klang," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Kecik, Melor, di sini, hari ini.

Katanya, dia menerima tempahan sehingga lebih 3,000 biji dan menyifatkan sambutan menggalakkan setiap kali perayaan sama ada Aidiladha mahupun Aidilfitri.

"Saya tidak mempunyai pekerja dan hanya anak saya sahaja yang membantu setiap hari. Alhamdulillah, saya hanya buat mengikut kemampuan.

"Jika bukan perayaan, saya akan membuat untuk sejuk beku dan pelanggan juga tidak pernah putus datang membeli," katanya
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... menjelang-aidiladha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 04:54 PM GMT+8 , Processed in 0.053360 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list