CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8621|Reply: 0

[Kelantan] Imigresen tahan 6 warga Rohingya disyaki terbabit seludup manusia

[Copy link]
Post time 3-6-2024 05:25 PM | Show all posts |Read mode

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh. - Foto fail NSTP

KOTA BHARU: Jabatan Imigresen menumpaskan satu sindiket penyeludupan manusia dan menahan enam etnik Rohingya dalam operasi khas Sabtu lalu di sekitar Kota Bharu.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh, berkata semua mereka berusia lingkungan 24 hingga 35 tahun itu ditahan sepasukan pegawai Pasukan Taktikal Khas Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen, Putrajaya dengan kerjasama Jabatan Imigresen Kelantan.

Beliau berkata, berdasarkan aduan awam dan hasil risikan yang dijalankan selama tiga minggu, pasukan diatur gerak dan bertembung dengan sebuah kereta jenis Proton Wira dipandu suspek yang mencurigakan.

"Suspek kemudiannya memecut kenderaan selepas menyedari kehadiran pasukan operasi tetapi berjaya dipintas dan ditahan di Terminal Bas Ekspres Kota Bharu.


"Hasil pemeriksaan pasukan operasi menahan dua lelaki Rohingya disyaki sebagai 'transporter' dan 'pembantu' bersama dua lagi lelaki etnik itu disyaki akan dibawa ke Kuala Lumpur," katanya dalam kenyataan hari ini.

Berikutan itu, hasil soal siasat, pasukan operasi memeriksa premis kediaman di sekitar Kota Bharu dan menahan dua lagi lelaki etnik Rohingya disyaki akan dibawa ke Kuala Lumpur.

Menurutnya, hasil semakan awal mendapati, empat lelaki etnik itu memiliki kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), manakala dua lagi lelaki etnik Rohingya tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan atau pas yang sah untuk berada di negara ini.

"Modus operandi sindiket adalah dengan menyeludup masuk pendatang etnik itu ke negara ini melalui laluan haram di sempadan dan ditempatkan di rumah transit sebelum dibawa ke Kuala Lumpur menggunakan bas ekspres diiringi oleh seorang lelaki etnik itu yang datang dari ibu kota.

"Pendatang yang baru masuk akan diberikan dokumen UNHCR palsu bagi mengaburi pihak berkuasa dan mereka akan dikenakan bayaran oleh sindiket untuk penghantaran ke Kuala Lumpur sebanyak RM500 bagi setiap seorang pendatang dan RM100 dikenakan untuk penghantaran di sekitar Kota Bharu," katanya.

Susulan itu, Imigresen turut merampas dua keping dokumen UNHCR palsu, wang tunai RM2,000 dan sebuah kenderaan jenis Proton Wira yang dipercayai untuk mengangkut pendatang.

Ruslin berkata, tiga lelaki etnik Rohingya berkenaan disiasat di bawah Seksyen 26A, Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007, manakala tiga lagi lelaki etnik itu disiasat di bawah Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63 dan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Tanah Merah. – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berit ... bit-seludup-manusia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 05:38 PM GMT+8 , Processed in 0.050773 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list